Monday, August 1, 2011

~Penghijrahan Ramadhan~

~transformasi Ramadhan~
mempersiapkan diri sebaiknya, mnejadi hamba yang taat hanya padaNya 


PANCAINDERA

Dulu...

mata melihat aurat, melihat adegan berpelukan di kaca TV
hidung menghidup aroma dari 'perfume' membuatkan ketertarikan kepada si 'dia'
mulut sering mengadu domba, dan mengata yang tiada faedah
telinga sering mendengar umpatan dan caci nista orang lain
tangan sering memegang couple yang tak halal buat diri
kaki sering melangkah ketempat-tempat yang membuat diri jauh dari Ilahi

Kini...

nak belajar tundukkan pandangan dan hiasi diri dengan malu
nak kurangkan bercakap dan selalu bertasbih bertahmid memuji Tuhan
nak dengar mp3 Al-Quran tiap masa dan ketika
nak selalu pegang Al-Quran, nak selalu menghulurkan bantuan.
nak selalu melangkah ke masjid, membantu fakir miskin.


AURAT


Dulu...


pakai tudung sekadar tutup leher
pakai baju sekadar tutup kulit
pakai seluar sekadar tutup kulit
pakai kasut tinggi bunyi sebatu dah kedengaran


Kini


nak cuba pakai tudung labuh sikit tutup dada
nak pakai baju lengan panjang yang longgar
nak belajar pakai 'hand socks' bila keluar rumah
nak pakai seluar slack yang longgar
nak belajar pakai stokin bila keluar rumah
nak pakai kasut yang sesuai dipakai untuk jalan jauh


IKHTILAT


Dulu...


bergelak ketawa tak ingat dengan kawan lelaki
dulu selalu ber'sms' dengan kawan lelaki
dulu ada couple, berpimpinan tangan ber'dating'
dulu bergayut selalu dengan lelaki


Kini...


nak cuba latih jaga batas pergaulan
nak cuba latih jaga pandangan
nak cuba latih jaga percakapan
nak cuba latih kurangkan perhubungan
nak berhenti couple, nak kahwin! (boleh ke?)


MASA


Dulu...


menghadap fb 24 jam tak renggang dengan laptop
online tiap masa sampai kerja tak siap
berchatting sampai lupa nak urus diri
tengok cerita korea sampai terikut fesyen sana
dengar lagu cinta sampai teringin nak buat amali


Kini...


nak cuba kurangkan masa online depan lappy, banyak online dengan Ilahi
nak cuba buat jadual pengurusan masa dengan lebih tersusun
nak cuba kurangkan tengok TV dan kurangkan tengok cerita korea
nak cuba dengar nasyid dan zikir tasbih memuji Allah


AMAL IBADAH


Dulu...


tak selalu baca lembaran cinta Ilahi
tak selalu buat solat sunat
tak selalu bangun qiam
tak hafal banyak surah
tak solat diawal waktu


Kini...


nak cuba baca Al-Quran 10 helai sehari
nak perbanyakkan amalan solat sunat kepada Ilahi
nak cuba bangun qiam setiap malam
nak cuba hafal juzuk 30 dalam sebulan
nak jaga solat diawal waktu


Ramadhan adalah...


kem latihan pembebasan diri dari gari-gari dunia
titik tolak sebuah perubahan mensucikan diri dari karat jahiliyah
sebulan yang dijanjikan rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka dari Allah Yang Esa
medan persediaan mengharungi 11 bulan berjihad menentang godaan nafsu dan syaitan
pembebasan diri dari menjadi hamba kepada nafsu serakah
kem tarbiyah dzattiyah buat diri untuk cuba menjauhi dosa-dosa lalu dan sering bertaubat kepada Ilahi


sebulan,
satu tempoh untuk membina ketaqwaan dan meningkatkan iman kepada Allah S.W.T


mari sama-sama kita rebut peluang ini
jangan biarkan ia berlalu sepi


jika Ramadhan dilalui dan diisi seperti bulan-bulan lain, diri ini adalah hambaNya yang rugi


mari sama-sama berlumba-lumba mengerjakan kebaikan!
mari sama-sama memburu ijazah ketaqwaan!
mari sama-sama memperbaiki mutu amalan~


moga bertambah kecintaan kepada Allah
moga bertambah keimanan kepadaNya
moga tertingkat rasa kehambaan dan bernafas dalam jiwa khalifah di bumi Tuhan


moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang TERBAIK dari tahun-tahun sebelumnya


insyaAllah
amin~

~Yang Dinanti~

~Ramadhan~
~picture by kankouri of deviantart~


Ramadhan
kedatanganmu dinanti
pemergianmu ditangisi
sebulan bersamamu 
moga diberi peluang sebulan bersamamu
memupuk iman dan taqwa
membersihkan hati dan jiwa
mensucikan diri dari karat jahiliyah 
menundukkan akal dan emosi

moga diri mampu terbang tinggi menggapai redha Ilahi
dengan kaki masih berpijak di bumi

diri ini hamba yang hina
pabila menyemak kembali lembaran kehidupan 
selepas pemergianmu 11 bulan yang lepas
terdapat penurunan dalam amalan
masih sukar mengekalkan momentum istiqamah di bulan Ramadhan

moga kali ini
dengan persediaan yang rapi
persediaan diri kepada Ilahi
Ramadhan kali ini tidak akan disia-siakan
dengan penuh cinta dan rindu
dengan penuh mengharap redhaMu ya Rabbi

Ya Ilahi
pimpinlah diri ini dengan erat sepanjang Ramadhan ini
moga kan mampu berjalan di bumiMu sebagai hamba dan khalifah
moga kan mampu membina benteng-benteng iman dan taqwa
dari serangan jahilyah dan nafsu serakah
moga diri ini kan terus mampu untuk kekal di jalan dakwah

Ya Ilahi
lembutkanlah hati kami hamba-hambaMu 
moga diri ini kan tunduk hanya padaMu
sentiasa mendahulukanMu dalam apa jua urusan di dunia
moga kan mampu mengurus hidup sebagai seorang hamba dan khalifah
moga sarat dengan sifat mahmudah dan dibuang jauh sifat mazmumah
pimpinlah kami di atas jalan yang Engkau redhai

kami mengharap hanya padaMu
kami berlindung dari segala kejahatan di dunia
kami berserah hanya padaMu
pimpinlah kami ya Rabbi
bantulah kami dalam meniti hari-hari di bulan yang mulia ini
moga kami kan mampu mendidik diri kami
menjadi hamba yang Engkau redhai
menjadi hamba yang merdeka hanya padaMu

~amin.amin.amin Ya Rabbalalamin~

Saturday, July 30, 2011

~the awaited one~

~picture by teakster of deviantart~

~Ramadhan~
out of words
cant wait.