Showing posts with label ~Cinta~. Show all posts
Showing posts with label ~Cinta~. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

~Destinasi cinta-Nya~

~mencari cinta-Nya lebih indah dari mencari cinta makhluk ciptaan-Nya~


Biarlah gambar berbicara kali ini
mencari cinta-Nya
moga ia menguasai seluruh hati
biar tiada sesiapa
cukuplah ada DIA yang sentiasa di sisi

Bukannya tidak suka bergurau senda
bimbang hati yang semakin keras ditelan masa
lebih rela hidup seorang diri
dari terbiar diri terpesona dengan keasyikkan duniawi

Biar di anggap kolot masa kini
asal sentiasa rapat dan dekat di sisi Ilahi

Mujahadah ini sukar pabila nafsu menguasai diri
terasa segalanya berat untuk dilaksana kudrat diri
pabila malas dan rehat menguasai jasad
kaki tak mampu berdiri pabila ditunggangi nafsu sendiri

Aah!
sampai bila ku harus begini
menuruti kehendak nafsu tanpa henti
bilakah masa hendak menggunakan akal kurniaan Ilahi?

Nikmat dunia yang sementara
lebih dicintai manusia dari nikmat syurga yang kekal selamanya
seakan syurga itu jauh, dunia itu dekat
ketahuilah wahai diri
akhirat semakin menghampirimu tiap saat yang berlalu tiap hari
sudahkah dirimu bersedia?

Apa yang mahu ditunjukkan kepada-Nya?
mengawal nafsu sudah terasa payah
apakah bukti dirimu bermujahadah?

Rendahkan dirimu sebagai hamba
bergeraklah di dunia sebagai khalifah
di dunia cukuplah dirimu sekadar berjalan
tetapi berlarilah menuju akhirat wahai insan.

Cukuplah.
berhentilah dari semua ini
nafsumu itu perlu dikawal
bukan di hapus, bukan digari
tetapi di kawal dengan cahaya iman di hati
suburkan imanmu akan tunduklah nafsu
malap cahaya imanmu akan menggilalah nafsu

Jangan pernah berhenti dari mencari sinar cahaya
keluarlah diri dari longkang jahiliyah
sungguh dirimu telah kotor dengan najis dosa 
bersihkan dirimu dengan taubat nasuha
kerna DIA sentiasa menanti kepulanganmu sehingga ajal menjemputmu pulang kepada-Nya

Mencari cinta-Nya bukan satu pilihan
tetapi ia adalah fitrah tiap insan

Cinta itu luas maknanya
tetapi menjadi sempit pabila ia bertukar menjadi fitnah.

Berhati-hatilah dalam mujahadah
teguhkan pendirianmu
mantapkan ilmu dalam dirimu.

Pasti kan bertemu dengan kekuatan yang dicari
buat bekal hingga ke akhirnya nanti

Ya Ilahi
ku menanti saat kepulanganku
moga ia dalam keadaan yang Engkau redhai

insyaAllah
amin~

Sunday, November 20, 2011

~Bicara CintaNya~



~manisnya cinta pabila segalanya hanya pada DIA~



bergetar jiwa pabila rindu pada yang dicintagetaran jiwa yang mana lebih hebat?
pada dia atau pada DIA?
selagi diri tidak bergantung sepenuhnya pada Ilahi 
selagi itu akan terumbang ambing di muka bumi

kejap kuat kejap lemah
kejap sihat kejap kecewa
kejap semangat kejap lelah
itulah akibatnya pabila diri kejap bergantung kejap tidak.

muhasabah diri kembali

getarkah rasa cinta sepenuhnya pada DIA
getarkan rasa rindu yang teramat hanya pada DIA
pasti hati merasa tenang
indah dan bahagia

mendengar ayat cintaNya bertambah cinta dan rindu
mendengar sabda Baginda Rasulullah, bertambah cinta dan rindu
sungguh syahdu terkenang saat pertemuan di sana nanti
menatap wajah yang amat dicintai.

lembutkan hatimu dengan kalamullah
hidupkan hatimu dengan zikrullah
tenangkan hatimu dengan menyaksikan kebesaran Allah

selain dari itu ia hanya sekadar dunia
nilaiannya tidak bernilai disisiNya
hanya iman dan taqwa yang membezakan kita
bukan pangkat, darjat mahupun harta

indahnya rasa kemanisan itu
tidak terikat sedikit pun dengan dunia
hanya ingin bertambah cinta kepadaNya
tidak terkesan seidkitpun dengan hasutan musuh durjana
semuanya dilaksana berlandaskan syariat kepadaNya.

indah. bahagia. cinta. sabar. redha.

ya Ilahi ~
ingin ku merasainya
ketenangan jiwa di taman firdausi
sentiasa rindu dan cinta hanya padaMu
menanti saat pertemuan denganMu

menghampiriMu langkah demi langkah~



mencari kunci
kunci pelepasan diri
pelepasan dari gari dunia yang masih merantai diri
jawapannya ada bersama Ilahi

pabila dirimu semakin menghampiriNya
maka semakin longgar gari-gari dunia yang merantaimu
pabila semakin jauh dirimu dariNya
maka semakin ketat gari-gari dunia merantaimu.

lepaskan dirimu
bebaskan dirimu
terbang tinggi kepadaNya
berpijak di bumi sebagai hambaNya

lepaskan! bebaskan dirimu dari gari dunia yang merantaimu!