Sunday, November 20, 2011

~Bicara CintaNya~



~manisnya cinta pabila segalanya hanya pada DIA~



bergetar jiwa pabila rindu pada yang dicintagetaran jiwa yang mana lebih hebat?
pada dia atau pada DIA?
selagi diri tidak bergantung sepenuhnya pada Ilahi 
selagi itu akan terumbang ambing di muka bumi

kejap kuat kejap lemah
kejap sihat kejap kecewa
kejap semangat kejap lelah
itulah akibatnya pabila diri kejap bergantung kejap tidak.

muhasabah diri kembali

getarkah rasa cinta sepenuhnya pada DIA
getarkan rasa rindu yang teramat hanya pada DIA
pasti hati merasa tenang
indah dan bahagia

mendengar ayat cintaNya bertambah cinta dan rindu
mendengar sabda Baginda Rasulullah, bertambah cinta dan rindu
sungguh syahdu terkenang saat pertemuan di sana nanti
menatap wajah yang amat dicintai.

lembutkan hatimu dengan kalamullah
hidupkan hatimu dengan zikrullah
tenangkan hatimu dengan menyaksikan kebesaran Allah

selain dari itu ia hanya sekadar dunia
nilaiannya tidak bernilai disisiNya
hanya iman dan taqwa yang membezakan kita
bukan pangkat, darjat mahupun harta

indahnya rasa kemanisan itu
tidak terikat sedikit pun dengan dunia
hanya ingin bertambah cinta kepadaNya
tidak terkesan seidkitpun dengan hasutan musuh durjana
semuanya dilaksana berlandaskan syariat kepadaNya.

indah. bahagia. cinta. sabar. redha.

ya Ilahi ~
ingin ku merasainya
ketenangan jiwa di taman firdausi
sentiasa rindu dan cinta hanya padaMu
menanti saat pertemuan denganMu

menghampiriMu langkah demi langkah~



mencari kunci
kunci pelepasan diri
pelepasan dari gari dunia yang masih merantai diri
jawapannya ada bersama Ilahi

pabila dirimu semakin menghampiriNya
maka semakin longgar gari-gari dunia yang merantaimu
pabila semakin jauh dirimu dariNya
maka semakin ketat gari-gari dunia merantaimu.

lepaskan dirimu
bebaskan dirimu
terbang tinggi kepadaNya
berpijak di bumi sebagai hambaNya

lepaskan! bebaskan dirimu dari gari dunia yang merantaimu!


Sunday, November 13, 2011

~Sahabat..ku rindu..~

sahabat~ ku rindu...





‎~Sahabat...ku rindu padamu~

sahabat,
ku rindu dirimu
mengingatimu saban waktu
mengenang bicaramu waktu dulu
adakah dirimu sihat tanpa ku disisimu

sahabat,
maafkan kekuranganku
kadang kala jarang menghubungimu
bukannya tidak ingat padamu
tetapi kekangan waktu amat mencemburuiku

sahabat
ketahuilah luahan hatiku
yang tidak pernah lupa akanmu
sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu

walau jarang perhubungan antara kita
bukan bermakna diriku lupa
ku tahu Allah pasti menjagamu sebaiknya
kerna segala harapan ku sandarkan padaNya

sahabat,
ingatlah daku dalam doamu
ukhwah kita menuntut perjuangan dan pengorbanan
jangan mudah lelal dalam perjalanan
yakinlah padaNya yang sentiasa akan menguatkan

sahabat
cintaku padamu hanya kerana Allah semata
moga cinta ini kan menguatkanmu dalam mujahadah

Ya Ilahi
eratkanlah ukhwah diantara kami
moga ukhwah ini menjadikan kami semakin dekat padaMu
pimpinlah kami dijalanMu

insyaAllah
amin~

Wednesday, October 26, 2011

~Something New~

~something new, change to be better~
~picture by blackjack of deviantart~



Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog ana


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


alhamdulillah,


sedikit pembaharuan ana lakukan di blog ana, kerna ana sukakan satu blog yang simple, mesra pembaca dan penulisan itu adalah tarikan utama bagi pengunjung blog ana dan meningkatkan kefahaman dan motivasi diri pabila membacanya
insyaAllah.


moga Allah redha dengan perubahan yang ana lakukan ini


putih~menandakan diri yang mahu suci dari noda dosa yang menggelapkan hati


moga perjalanan kita dalam usaha menggapai redhaNya kan menjadi lebih baik dan lebih pantas dari sebelumnya


***


jangan pernah lelah dalam melangkah
jangan pernah berputus asa dari rahmatNya
teruslah yakin padaNya
nescaya hati kan menjadi tenang dari gelora dunia

Jahiliyah kini seakan sebati
kebenaran dan kebatilan seakan bercampur sekali
pencerahan yang dicari tetapi kesamaran yang dijumpai
terlalu banyak maklumat kini yang kesahihannya diragui

wahai diriku serta dirimu
rasailah akan kematian yang semakin menghampirimu
rasailah akan kasih sayangNya padamu
jangan hidup dituruti nafsu
pandulah hidupmu dengan akal kurniaan Tuhanmu

ingatlah diri kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumiNya
Dia sentiasa memerhatikan kita tiap masa dan ketika
Dia sentiasa cemburu akan kelalaianmu padaNya
kembalilah padaNya
Dia menanti kepulanganmu
bukalah pintu hatimu padaNya

barulah dirimu kan merasa nikmat Islam dan iman
barulah akan timbul kesedaran diiringi tangisan keinsafan insan
moga dirimu kan menjumpai cahaya yang menerangi alam
mewarnai seluruh semesta dari kegelapan jahiliyah 
membuah bahagia yang kekal hingga ke akhirnya

insyaAllah
amin~