Monday, May 2, 2011

Hero dan Takdir - Hilal Asyraf




HERO


novel hero adalah novel ke 4 Hilal Asyraf yang ana baca selain Sinergi, VT, dan Terasing. sememangnya tidak mengecewakan. membelinya di KLIBF sememangnya dinanti sejak ada di website langitIlahi lagi. 
tapi tahan diri untuk baca! sebab takut ternanti-nanti.hihi.


novel Hero ni mengandungi lebih keistimewaan berbanding hero2 yang dah wujud di malaysia atau dunia barat sebab apa? sebab pengisian di dalamnya membawa diri kembali kepada Ilahi, ana belum pernah lagi baca novel superhero macam novel HERO. bukan sekadar membanteras jenyah tetapi lebih kepada menyelamatkan ummah dari Jahiliyah! sungguh terkesan dengan penceritaan dari awal hingga akhir, ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. 


ketabahan seorang isteri solehah dalam mendidik seorang suami yang tidak mempunyai fikrah Islam dan yang paling penting sekali adalah kita akan dapat maanfaat dengan corak penceritaan yang santai, betapa penting pergantungan yang utuh kepada Ilahi.


satu penulisan yang amat mantap bagi ana. 10 bintang! hee~
moga dapat juga mengaplikasikannya pula selepas ini.
mujahada itu sukar tetapi itulah satu-satunya jalan untuk kita menggapai syurganya.







TAKDIR


alhamdulillah merupakan novel yang ke-5. novel yang paling ana suka selepas sinergi! sememangnya terbaik!penulisan ala-ala Lord of The Ring tetapi sememangnya lebih baik dari itu!


selepas baca trilogi takdir yang pertama, tak sabar rasanya nak tunggu yang kedua dan ketiga, sememangnya berjaya membuat ana lupa akan cerita-cerita hebat seperti Harry potter, LOTR kerana ini adalah epik Islami yang membawa umat Islam kembali kepada Allah! bukankah itu yang kita mahukan?
sungguh ana rasa bersyukur, kerana Allah membuka hati untuk membaca karya-karyanya bermula dari website hinggalah memiliki buku-bukunya.alhamdulillah.
11 bintang! ^^




kedua-dua novel ini bagi ana WAJIB dimiliki bagi mereka yang inginkan satu kelainan selain membaca kisah-kisah cinta dan kontemporari masa kini.
bagi yang masih belum dapatkannya, boleh dapatkannya secara online atau di kedai-kedai buku ^^.




moga tiap insan yang membaca novel Takdir dan Hero, akan terkesan dan terbuka minda, betapa penting sebenarnya kita bergantung harap sepenuhnya pada Ilahi.
kebahagiaan dan ketenangan itu datang dariNya, maka kepadaNya kita bergantung sepenuh hati.


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua novel ini, kedua-duanya adalah yang terbaik tetapi ana lebih meminati Takdir. ^^


moga Allah redha dengan kita.


jangan lupa dapatkan karya-karya lain Hilal Asyraf!sememangnya tidak akan merugikan. 


insyaAllah.

9 comments:

  1. sememangnya best ^^
    alahmdulillah~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. =)
    betul tu..x sabar2 nak baca sambungan novel Takdir.. ^_^ sebuah karya yg sarat dgn nilai keimanan kpd ALLAH selain ia berunsur epik islami..
    novel Hero sy belum baca lagi tp alhamdulillah dah beli ;)

    wabillahi taufiq wal hidayah,asifah 'ala kulli hal ^_^

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam :)
    moga kita dapat membumikan ia dalam amalan seharian kita pula ya ukhti :)
    syukran jazilan atas coretan perkongsian disini ^^

    alhamdulillah~

    ReplyDelete
  4. salam..saya dah baca juga novel2 hilal asyraf..paling suka VT..pendek kata semua novel hilal asyraf memang berbaloi untuk dibaca :)

    ReplyDelete
  5. kepasa shairazi sharizan memang best ^^
    kepada ummu Nuha~
    betul, saya setuju sekali, sebelum baca takdir, bagi ana yang amat terkesan adalah sinergi, tapi tiap novel HA memang ada pengajarannya dan messagenya tersendiri:)

    syukran jazilan kerna sudi berkongsi disini..
    amat ana hargai :)
    alhamdulillah~

    ReplyDelete
  6. best novel ni - takdir
    thanks for sharing.
    I'm sharing tooo
    http://arrabe.blogspot.com/2011/07/paling-laju-baca-takdir.html

    ReplyDelete
  7. oh...sambungan novel takdir yg ke 2 x kuar lagi ea?

    ReplyDelete