Thursday, April 21, 2011

~senyumanmu~

~marissa~ aunty ina miss u~

senyuman yang membahagiakan
senyuman yang menceriakan
senyuman yang mempersonakan

satu senyuman
mengubat pedih luka di hati
satu senyuman
menghilangkan sunyi yang bertandang di jiwa
satu senyuman penyeri dan membawa bahagia

ku rindukan senyuman yang sarat keimanan
senyuman yang penuh ketabahan
senyuman yang meredah seribu kepayahan

walau seberat mana ujian
senyuman pasti terukir di wajah
betapa indah
senyuman yang sarat keimanan.



1 comment:

  1. senyum dengan dugaan menimpa (ketika hidup),
    itulah syurga didunia (merasai keredhaan).
    kerana redha dan syukur itu wajah syurga,
    maka diberi sedikit cahaya gambaran syurga di syurga.
    isyaAllah..

    ReplyDelete