Monday, September 19, 2011

~Rapuh~

~hati yang rapuh hanya boleh dikuatkan dengan kembali padaNya~
~picuter by cycowolf of deviantart~


hati yang rapuh ini kadang kala ada pasang surutnya
ada suka dukanya
ada tenang dan gelisahnya
ada sedih dan tawanya

sungguh
pabila hati seakan hilang rentak
pasti ada kesilapan yang dilakukan pada Ilahi
dalam menjaga hubungan Allah
dalam menjaga hubungan sesama manusia
sungguh
hati yang rapuh kadangkala retak juga
walau tidak nampak diwajah, tetapi di hati hanya diri merasakannya

seakan ada sesuatu yang tidak kena
sesuatu yang tidak selesai
sesuatu yang menggelisahkan jiwa

Ya Rahman..
sesungguhnya hanya Engkau Mengetahui segalanya tentang diri ini
peliharalah diri ini dari sebarang rasa resah gelisah dan putus asa
tenangkanlah hati ini 
lapangkanlah jiwa ini

mahu menangis sepuasnya
tetapi tiada air mata yang mengalir
mahu menangis terkenangkan dosa-dosa lalu
tetapi hati seakan keras seperti batu.

kadang kala seperti hilang rasa
hilang kemanisan cahaya yang menyuburkan jiwa

ya Allah..
hanya bergantung harap sepenuhnya padaMu
redha akan segala ketentuanMu
berusaha semampunya menghampiriMu

~mengharap kekuatan dariNya~

buat insan yang mengenali diri ini
memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan
secara sengaja atau tidak sengaja
maafkanlah hambaNya yang hina ini
yang sedang bertatih kembali pada Ilahi.


Sunday, September 18, 2011

~Sakit~

~tetap mendaki menghampiriNya~


sakit itu indah
sakit itu bahagia
sakit itu penawar duka

pabila datang ujian
lidah laju menyebut namaNya
pabila hadir dugaan
hati terus mengingatiNya

sakit hanya pada dasarnya
tapi hati terus hidup dekat padaNya

sakit hanya luaran
peningkatan iman itu berkekalan

biar sehebat mana ujian melanda 
hikmah yang tersedia pasti lebih besar nikmatnya

sakit hanya sebentar cuma
pengajaran disebaliknya kekal buat selamanya

dihina, dicaci,dipandang rendah hanya di dunia
sabar kuncinya
moga syurga kan menjadi kediaman selamanya

sakit hanya sementara didunia
tetapi syurga itu kekal buat selamanya

tika diuji
ingatlah janji Ilahi
sentiasa membantu diri untuk bangkit berdiri

jangan biar dikuasai emosi
kerna ia hanya melemahkan diri
ingatlah perjuangan amanah Ilahi
bangun bangkit berdiri

Ingatlah

sakit sebentar cuma
nikmat syurga itu kekal selamanya

wahai diri
bersabarlah hingga saat itu tiba
tetaplah berdiri di dunia
biar tersungkur jatuh dipandang hina
bangkit berdiri meneruskan cita

bersyukur atas segalaNya
tarbiyah dariNya tiada ganti di dunia
membuat diri sentiasa sedar hakikat seorang hamba
meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumiNya

Dia sentiasa ada
tidak pernah menjauh tidak pernah meninggalkan kita
sentiasa dekat di hati
walau tiap manusia memulaukan diri.

sakit hanya sementara
yakin pada janjiNya
hati merasa bahagia
tiada lagi duka
tiada lagi kecewa

Allah Maha Mengetahui~
yakini itu wahai diri

~alhamdulillah~
~muhasabah diri kembali~

Monday, September 5, 2011

~Muslimah~

~mendidik diri menjadi muslimah solehah insyaAllah amin~



muslimah,
wajahmu bercahaya
menjadi penyejuk jiwa
buat insan-insan yang melihatnya
juga boleh membuatkan para mujahid lemah
dengan seraut wajah yang indah
berangan-angan mahu dimiliki
tetapi hanya mampu ditatapi dan dibayangi

muslimah,
wajahmu, dirimu itu amat berharga
jangan biar ia menjadi tatapan lelaki yang tidak berhak
jangan begitu murah menayangkan wajahmu, dirimu di seluruh dunia
auratmu terserlah, saham dosa terus bertambah
tidak dihirau pada mata-mata yang rakus menatap dan memuji dirimu
mencuri gambarmu, menyimpannya menjadi koleksi diri
diekspoitasi demi kepentingan peribadi

muslimah,
diriku juga begitu dulu
tak sabar nak menunjukkan kecantikan pada kawan-kawanku
tak sabar nak berkongsi gambar dan meletaknya di profile fb ku
tetapi diriku tertanya-tanya

di mana malu sebagai muslimah, jika wajah terpampang diseluruh dunia?
bukankan wanita soleah itu tidak dipandang dan tidak memandang?

bak sang Ratu yang menjaga diri di singgahsana
hanya orang-orang tertentu yang boleh melihatnya

muslimah,
peliharalah dirimu
tutupilah auratmu
hiaskan diri dengan malu mu
moga Allah kan memelihara dirimu saban waktu

muslimah,
jangan murahkan dirimu
simpanlah kecantikanmu
labuhkan tudungmu
longgarkan pakaianmu
tutupilah kakimu

moga dirimu kan dipandang tinggi
terpelihara dari gangguan para lelaki

ku amat menyayangimu
peliharalah dirimu~

Ya Ilahi
kurniakan kami kekuatan
agar mampu menjadi seorang wanita solehah
menjadi ketua bidadari di syurgawi
yang sentiasa memagari diri
yang sentiasa menjaga akhlak diri

kepadaMu kami berharap
kepadaMu kami berserah
kepadaMu kami memohon pertolongan

insyaAllah

amin.

~Muhasabah diri~

 

alhamdulillah..
kita terpilih oleh Allah untuk berada selama sebulan di madrasah ramadhan
membina iman dan ketaqwaan
membina kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ranjau kehidupan
membina cinta kepada kebaikan dan benci kepada kemungkaran.

kini..
ramadhan sudah berlalu pergi
terasa rindu untuk bertemu dengannya lagi
setahun hanya sekali
dan kini syawal menjelma
menjadi pentas ujian buat kita mempraktikkan latihan selama sebulan 
agar kekal untuk 11 bulan yang akan datang sehingga bertemu dengan ramadhan yang seterusnya

jadi
mari kita muasabah diri kita kembali
sebagai seorang hamba kepada Ilahi
sebagai seorang khalifah di muka bumi

sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya?
adakah masih terleka dengan nikmat dunia yang mempersona?
adakah kita masih lalai dalam pengurusan kita terhadap masa?
adakah kita buat tidak endah soal hukum ketentuanNya?

bagaimana kedudukan hati kita tika ini
adakah peka dengan keadaan sekeliling atau terus hanyut dengan arus jahiliyah yang bergelora?

mari spotcheck iman
berakhirnya ramadhan bukan bermakna berakhirnya amalan
kita tetap hambaNya buat selama-lamanya
kita tidak boleh berhenti dalam melakukan amal kepadaNya

bagaimana amalan kita takat ini?
adakah diselak lembaran cintaNya tiap hari?
atau hanya sibuk memikirkan juadah mana yang tak makan lagi
masih bangunkah diri untuk 'berdating' di sepertiga malam terakhir?
atau masih lagi sibuk berchatting dengan kawan di fb?

bagaimana kita menghabiskan masa kita kini
janganlah kita terpesona dengan duniawi
kelak merana diri didepan Ilahi di akhirat nanti
sesal tiada berguna lagi
tiada lagi peluang kedua buat diri menebus kesalahan nanti

mari kita muhasabah diri kita kembali
dimana kita letak DIA di hati kita, di dalam kehidupan kita
adakah kita telah membelakanginya?
solat 5 waktu bila kita tunaikannya?adakah di awal atau dipenghujung waktu solat?

mari kita muhasabah diri kita semula ya,
kita hanya seorang manusia yang sering terleka dan mudah terlupa
menjadi tanggungjawab sesama kita dalam mengingati antara satu sama lain
moga kebahgiaan yang kita kecapi di dunia ini
kan terus kekal sehingga di syurgaNya nanti
kebahagiaan abadi bersama dengan insan-insan yang disayangi
menjadi satu cita di hati
agar kita kan dapat bertemu semula di syurgawi