Wednesday, January 2, 2013

Fitrahku ingin kembali padaMu.

~mujahadah itu caranya, bukan dengan duduk merenung langit menanti keajaiban kunjung tiba~


Damai hati
Hanya ketika di sisi Ilahi
Tiada pengganti
Walau seisi dunia menjadi tawaran
Tidakkan mampu menandingi damai hati ketika bersama Tuhan

DIA sentiasa dekat
Kita yang kadang kala menjauh
Bersikap acuh tak acuh
Mendekat ketika susah
Menjauh ketika senang.

Taubat itu melonggarkan gari dunia
Semakin banyak diri bertaubat semakin ringan untuk beribadah
Sekadar niat mahu berubah tidak akan terjadi apa-apa
Perlu disertai azam dan usaha yang tak akan goyah.

Kita-kita ini hamba yang berdosa
Setiap hari diselimuti dosa
Solat, Al-Quran dan Zikir akan membersihkan jiwa.
Perbaiki amalan ini, diri pasti terasa dekat dengan Ilahi.

Jika diri terasa jauh
Itu tanda iman masih menyala
Segera kembali padaNya
Jangan bertangguh, jangan anggap mudah
Jika dibiar pergi, khuatir hati kan mati.

Perbaiki yang wajib, Perbanyakkan yang sunat.
Istiqamah adalah satu-satunya kunci.
Biar sedikit-sedikit sehingga sebati dengan urat nadi
Baru terasa nikmat ketenangan menjadi hamba hanya pada Ilahi.

Iman ini ada turun naiknya
Iman ini kadang kala meraung pabila kita bermaksiat padaNya
Iman ini menjauh pabila tidak diberi suntikan ibadah keranaNya
Iman ini rapuh pabila kita tidak lagi mengendahkan DIA.

Maka kembalilah
Setelah diri terasa berkecamuk
Dengan asakan dunia yang tak pernah sudah
Setelah diri dirantai kecewa hingga mahu berputus asa
DIA menanti kita pulang kepada fitrah.

Ubatnya hanya pada DIA
Tidak pernah sesekali kita kan sembuh dengan tawaran dunia.

Tenang.
Amat mahal kini
Memerlukan mujahadah tanpa berbelah bahgi
Sekadar merasa cukup dengan amalan, ia takkan mampu menggamit ketenangan
Selagi ibadah wajib dirasakan satu paksaan, selagi ibadah sunat dianggap tiada kepentingan
Ketenangan, tidak kan singgah di pinggir hati yang kesepian.

Sepi.
Sepi itu harus diisi
Hanya dengan mengingati Ilahi
Hanya ini

Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.

1 comment: