Sunday, October 16, 2011

~mukadimah~

~semakin bertambah hari, semakin hampir kita kepada kehidupan abadi.~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


alhamdulillah segala puji dan syukur hanya untukMu ya Ilahi ,
memberi peluang untuk hambaMu ini merasai sehari lagi sebagai seorang khalifah di muka bumi


Assalamualaikum,
ucapan salam buat pembaca yang mengunjungi blog ana,
memandangkan ana mempunyai sedikit masa di pagi hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu, sebagai permulaan kepada hari-hari yang dilalui selepas ini.


semalam, adalah hari yang amat bermakna buat ana, berpeluang mengikuti kursus anjuran fitrah perkasa- Mukmin Profesional bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi, atuk (Ustaz Hashim) dan juga abang Arif, selaku speaker majlis. satu program yang menjadi titik tolak sebuah perubahan diri untuk menjadi lebih baik lagi.
membangkitkan semangat yang telah lama terpendam dalam diri, dibangunkan dalam progran mukmin professional.
terlalu banyak yang dipelajari dalam kursus selama sehari, tangisan keinsafan, kelembutan hati, serta kerendahan jiwa yang diperolehi tiada tukar ganti.
rasa kehambaan yang diperolehi dari program semalam masih subur, pabila terkenang terasa seperti, 
'Allah..apa yang dah aku buat selama ni, menzalimi diri sendiri, menidakkan hak sebagai seorang hamba Ilahi'


begitulah yang dirasakan, suntikan-suntikan semangat, kata-kata yang lembut membuai rasa yang dicari sebagai hambaNya
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.


untuk permulaan pada kali ini ana ingin kongsikan beberapa mutiara hikmah yang boleh kita pegang sepanjang menjalani hidup sebagai hamba Allah S.W.T.






'Ianya bukan betapa HEBAT diri anda sekarang, tetapi HEBAT yang bagaimanakah anda mahukan'

'Dulu, banyak orang bodoh, sikit orang cerdik
sekarang banyak orang cerdik, sikit orang bodoh
tetapi,
sejak dulu sampai sekarang tak banyak orang baik.'

'Bila bertanya kita bodoh selama 5 minit, tetapi bila kita tidak bertanya kita bodoh selama-lamanya'

'Siapa yang tak buat preparation, terpaksa bersedia untuk buat correction'

'Buatlah kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kamu mati'

'Sentiasa buat baik pada orang yang buat jahat pada kita'

'kita akan mendapat kesenangan dengan apa yang kita perolehi,
kita akan mendapat ketenangan dengan apa yang kita beri'

berbahagia dan bermakna hidup ini dengan adanya akhirat.'

'Allah tak buat manusia itu bodoh, tetapi Allah mencipta manusia itu berbeza kepandaian'

'It is not the end that is important but the important is how you want to finish it'

'Barangsiapa mencari kebenaran, dia pasti bertemu dengan kebahagiaan'

'Doa adalah lambang kehambaan dan pengharapan kita pada Allah'

'Jika seseorang itu pandang remeh pada amalan sunat, dia adalah seorang yang sombong merasakan ibadah asasnya sudah lengkap'


sebenarnya terlalu banyak mutiara hikmah sepanjang kursus ini berlangsung, insyaAllah akan ana kongsikan sedikit demi sedikit melalui perkongsian-perkongsian yang akan datang.

berjalanlah sebagai hamba Allah
hiduplah sebagai hamba Allah
rasailah hati sebagai hamba Allah
bertindaklah sebagai hamba Allah.

pasti hati kan tenang dan bahagia kerana ia adalah fitrah kita sebagai hambaNya yang mencintai kebaikan dan membenci kemungkaran.

insyaAllah
amin~

3 comments:

  1. Assalamualaikum anaknda...
    Peringatan yang baik....maka terapkan & sematkan ia dalam hati anaknda. Biarlah susah sekarang...biarlah menangis sekarang....asal senang & tertawa dikemudian....Masih ingat pesan ummi kan?...

    ReplyDelete
  2. @cik kasih
    alhamdulillah, kata-kata yang memberi peringatan buat kita semua
    moga bermanfaat insyaAllah :)

    @putri cahya qaseh
    jazakillah ummi
    insyaAllah pesannya sentiasa adik ingat
    doakan adk agar terus thabat dijalanNya
    amin~

    ReplyDelete