Sunday, October 16, 2011

~It is time!~

picture by imperioli of deviantart~
~nothing is impossible for u to change to be His servant~



assalamualaikum...

setelah sekian lama tak menulis disini..terpanggil rasanya untuk berkongsi apa yang telah berlaku dalam tempoh 'menyepikan diri' hampir sebulan di blog.

maafkan diri ini yang sudah lama tidak mengupdate blog yang merupakan satu amanah yang mesti digunakan bagi penyebaran Islam di mata dunia

penyepian yang agak lama adalah kerana mengoreksi diri kembali, perkongsian-perkongsian sebelum ini, gaya menulis, penerimaan insan-insan yang membacanya,

adakah gaya penulisan selama ini menampakkan Islam itu amat berat untuk diamalkan?

semua tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh, tak payah hidup la macam ni! *ada ke?*

atas sebab itu, muhasabah diri kembali dan memerhati corak dan gaya bahasa yang digunakan.

setelah meneliti, rasanya agak berat juga dari segi penyampaian, ada cara paksaan pun ada,

maafkan diri ini yang masih bertatih dalam bidang penulisan ini.

insyaAllah,
perkongsian selepas ini akan ana kupas dengan cara yang lebih santai dan mesra pembaca.

agar mesej yang ana maksudkan itu meresap ke dalam hati-hati insan yang berkunjung ke blog ana.

hanya itu niat ana berblog, agar kemanisan dan ketenangan jiwa yang dirasakan ini setelah memilih untuk kembali menjalani cara hidu[ Islam yang sebenar tersebar dengan lebih luas dan dapat dirasai oleh insan-insan lain pula selepas ini.

ini adalah pembukaan bagi satu fasa baru dalam sebuah perjalanan melangkah ke kehidupan yang kekal abadi.

moga dengan ini,akan menjadikan Islam itu nampak mudah untuk diamalkan, tidak mustahil untuk dipraktikkan dan merasai ketenangan dalam menjalani kehidupan.

itu yang akan ana cuba ketengahkan selepas ini.

wahai insan-insan yang masih mencari sinarNya,
ketahuilah bahawa tiada istilah mustahil pabila dirimu mahu berubah 
tiada istilah pelik dihadapanNya pabila diriMu mahu menghampiriNya
tiada istilah 'ntah apa-apa' pabila dirimu berkeputusan mahu berubah, berubah bukan kerana mencari pandangan manusia tetapi ingin mengutamakan pandangan Allah.

insyaAllah

pengetahuan tidak cukup untuk merubah sesuatu melainkan dapat merasakannya dengan matahati.

jangan gusar, insyaAllah,
ana akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit

ana akan cuba update selalu blog ana selepas ini,
doakan ana agar mampu untuk isitqamah di jalan redha Ilahi ini

insyaAllah..
amin~

No comments:

Post a Comment