Sunday, October 16, 2011

Sekadar manusia atau Hamba Allah?

~berjalan di muka bumi sebagai manusia atau sebagai hambaNya?~



assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk ana menulis disini
tiada kemampuan diri ini tanpa kekuatan yang utuh dariNya

SATU ANALOGI

perkongsian kali ini ingin ana kaitkan dengan satu analogi



situasi.

Dalam kehidupan seharian kita, kita sering dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia, peristiwa yang memberi kesan kepada kita sama ada sedih, gembira, risau, marah atau simpati. Adakala seharian kita tidak tenteram, ada ketika di pagi hari gembira tetapi marah dikala petang. ada ketikanya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada orang lain yang mengalaminya disekeliling kita.

pelbagai situasi boleh kita lihat,

contoh:

seorang perempuan yang tidak menutup aurat, keluar berjalan-jalan di shopping mall dengan penuh gah sekali. bangga dengan kecantikan dan pakaiannya.

pelbagai pandangan orang-orang yang melihatnya

insan 1 : cantiknya dia, rambut lurus, muka putih berseri badan macam model, untungnya jadi suami dia..

insan 2 : dia ni tak faham-faham lagi ke wajib tutup aurat tu?tak malu dengan Allah agaknya tak takut dengan ancaman neraka agaknya, dekat akhirat nanti tahulah nasib dia!

insan 3 : kesiannya dia, tak sedar membiarkan diri dia dijadikan bahan tontonan umum, alangkah lebih baik jika auratnya itu tertutup rapi.

insan 4 : dia yang tak tutup aurat, buat apa nak kisah?yang penting aku dah jaga aurat aku, kubur lain-lain.

insan 5 : mungkin keadaan sekeliling dia yang membuatkan dia jadi begitu, aku perlu tolong dia, moga dia boleh nampak keindahan menutup aurat dalam Islam amin!

Dari analogi ini, kita boleh lihat manusia mempunyai pelbagai persepsi. memang benar, kini kita boleh lihat di mana-mana ramai perempuan yang bertudung tetapi kurangnya perempuan yang menutup aurat. itu adalah satu realiti yang amat menyedihkan bagi umat Islam itu sendiri. persepsi-persepsi sebegini datangnya dari insan-insan yang bergelar manusia, tetapi kita boleh lihat, ada beberapa insan yang memberikan persepsi yang berlainan. pandangan mereka menunjukkan peribadi mereka, menunjukkan siapa diri mereka, membolehkan manusia itu bertukar menjadi manusia yang luar biasa.

kita boleh lihat ada yang marah, tak ambil peduli, terpesona dan juga sedih pabila melihat seorang wanita yang tidak menutup auratnya.

tetapi..

hakikatnya kita sama, kita adalah manusia mengapa boleh mempunyai pandangan yang berbeza-beza?

kerana...

HAMBA ALLAH

bukan semua manusia menganggap dirinya sebagai HAMBA ALLAH. Jika semua manusia menganggap dirinya sebagai hamba Allah, pasti pandangan antara kita adalah sama. pasti ada rasa mahu membantu dia untuk jadi seorang muslimah yang sempurna, pasti ada rasa kasihan kerana dia tidak mampu melindungi auratnya. 
kita sebagai hamba Allah, adakah kita akan marah dengan orang yang berbuat dosa itu? adakah kita tidak akan kisah akan orang yang berbuat dosa itu? adakah kita akan membiarkan dia dengan dosanya hingga ke hujung nyawanya?

'hate the sin, but not the sinner'

semua orang berbuat dosa, tetapi hanya segelintir yang bangun untuk mengajak orang lain meninggalkan dosa. Atas sebab apa? Sebab semua orang kini memikirkan dia mampu berdiri di atas kakinya sendiri tanpa perlu bergantung harap atau mengambil berat akan orang lain. Orang-orang yang tidak ambil peduli ini ada masalah dengan hatinya, jika dia merasa kehambaan diri sebagai hamba Allah, pasti dia mahu menarik seberapa ramai mungkin insan lain untuk bersamanya menuju syurga, dan menyelamatkan seberapa ramai mungkin insan lain dari jalan yang menjerumuskan diri mereka ke lembah neraka.

Dapatkah kita lihat hasil kasih sayang yang lahir dari rasa kehambaan kerana Tuhan?

Ia akan mampu melahirkan satu gerakan yang maha hebat buat hambaNya untuk terus-menerus memperbaiki diri dan menyeru orang lain ke jalan kebaikan.

Seluruh kehidupan ini sebagai hamba Allah

perkongsian kali ini ana ingin mengajak sahabat sekalian untuk memikirkan betapa pentingnya untuk merasakan kehidupan kita ini sebagai seorang hamba Ilahi, dimana saja kita berada, dalam apa jua situasi yang kita hadapi, kita perlu ingat 'title' kita sebagai seorang hamba Allah. 

sebagai seorang hambaNya, kita pasti akan sentiasa melakukan kebaikan, menyeru manusia menjauhi kemungkaran yang merosakkan diri. Sebagai seorang hambaNya, kita pasti merasa bahagia melakukan perintahNya tanpa mempersoalkan segala hukum yang telah ditetapkanNya. Sebagai seorang hamba Allah, kita pasti peduli dan tidak akan membiarkan insan lain dalam belenggu dosa.

kita akan sentiasa mahu bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayang berjalan berpimpinan tangan ke syurgaNya, bukan berjalan seorang diri ke sana.

kita perlu muhasabah diri kita kembali.

Di mana kedudukan kita tika ini,
adakah sekadar sebagai seorang manusia yang sekadar hidup
atau sebagai seorang hamba Allah yang hidup untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan kembali.

Adakah selama ini kita hanya sekadar tahu marah pada insan-insan yang melakukan dosa tanpa membimbing mereka ke jalan yang benar?

Adakah selama ini kita hanya membiarkan mereka diselaputi dosa tanpa ada usaha menegur dan merapati mereka dengan rasa kasih dan sayang kerana Allah?

Adakah selama ini kita hanya bersedih melihat mereka yang dibelenggu rantaian dosa tanpa ada tindakan untuk mencari kuncinya?

atau...

Adakah kita ini seorang hamba Ilahi, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan menyeru orang lain meneruskan perjalanan yang diredhai.

Muhasabah diri kita bersama, renung-renungkan kembali fikiran kita selama ini, tingkah laku kita, percakapan kita serupa atau tidak sebagai seorang hamba Ilahi, atau sekadar manusia biasa yang hidup di muka bumi.

Ingatlah sahabat sekalian,

kita boleh membenci dosa yang dia lakukan, tetapi bukan pendosa yang mencari sinar harapan untuk pulang kembali kepada Tuhan.

'hate the sin, but not the sinner'
guide the sinner to the right path
that is the way of life as Allah servant

insyaAllah
amin~

2 comments:

  1. jazakillah ukhti atas persinggahnnya di teratak ana :)

    moga Allah terus kuatkan kita dalam mujahadah
    insyaAllah
    amin~ :)

    ReplyDelete