Thursday, March 8, 2012

~Productive Muslim: 3 Element ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
setelah lama tak mengemas kini blog, post ketiga tentang produktif muslim adalah tentang 3 elemen yang boleh kita garap dari satu nota yang kreatif karya sister Aneesah yang turut pergi ke seminar itu 


alhamdulillah ana kongsikan beberapa hasil notanya di sini


Dari nota ini kita boleh lihat 3 elemen penting untuk menjadi seorang muslim yang produktif secara konsisten adalah ilmu, tindakan dan istiqamah.


3 kunci penting untuk menjadi seorang mukmin yang produktif dan ketiga-tiga elemen ini terdapat dalam surah Al-Asr.


Kebiasaannya, kita dah ada ilmu, cuma menghadapi masalah dalam dua elemen penting yang lain iaitu tindakan dan istiqamah. Amat sukar untuk berjaya melakukan sesuatu perkara itu secara berterusan bukan?


Bila dah ada azam nak berubah, selalunya seminggu adalah tempoh maksima untuk kita kekal dalam arus perubahan yang telah kita buat, sebab apa? Sebab kita tak biasa.


apakah tips terbaik untuk kekal istiqamah dan sentiasa bersemangat untuk berubah?


BERLATIH!


Practice. Practice. Practice and that is the only way.


Bila kita rasa lemah, kita bangun balik, bila kita rasa kita tak boleh buat, kita cuba balik, bila timbul rasa putus asa, kita usaha balik.


Siapa yang rasa semua itu? Diri kita, siapa yang mengawal semua rasa itu? otak kita, kudrat kita mampu buat perkara yang kita sangka kita tak boleh buat, tetapi pabila pemikiran kita lemah, kudrat kita pun jadi lemah. 
Jadi yang penting sekarang ini adalah kita mesti dan perlu pandu akal fikiran kita pada sesuatu yang mampu mengubah kehidupan kita.


Nak pandu macam mana?


Rasailah jiwa hamba dalam hati kita, bila kita hidup dengan rasa kehambaan kepadaNya, kita akan merasai bahawa kehidupan ini bukan untuk bermain-main atau hidup sekadar untuk bersuka ria tetapi ia lebih daripada itu. Sebab kita faham bahawa kehidupan dekat dunia ini, jika kita main-main, penantian azab seksa yang kekal menanti kita di akhirat kelak.


Kita benar-benar beriman kepada Allah S.W.T
maka segala perkara yang diperintahkanNya akan kita laksanakan tanpa keluh kesah atau tanpa rasa berat walau sedikitpun. sebab kita ini hanya hamba, kita sebenarnya tidak punya hak untuk mempersoalkan segala perintahNya.


Persoalannya,
Macam mana nak hidupkan rasa kehambaan? 
Merasai seluruh kehidupan ini matlamatnya hanya keredhaanNya,


Bagaimana caranya?


Nantikan dalam post seterusnya insyaAllah


^^


p/s: Final practical posting will start very soon, going to be a bit busy but I'll try my best to consistently update the blog at least once a week. InsyaAllah. Please pray for me, thank you Allah..~