Monday, January 31, 2011

~hamba Ilahi~



alhamdulillah
hati ini dalam genggaman Ilahi
diri makin merasa akan ketenangan menjadi seorang hambaNya

betapa indah
jauh dari kacau bilau
jauh dari gundah gulana
jauh dari risau dan merana
syukur ke hadrat Ilahi yang mengurniakan ketenangan hati pada diri ini
memberi petunjuk dan hidayahNya kepadaku
antara insan terpilih yang dikurniakan kesedaran hati

alhamdulillah
diri ini hanya mampu mengucap syukur padaNya
yang menarik diri ini kembali menghampiriNya
hamba ini hamba yang hina
leka dengan kehidupan dunia
keseronokkan dijadikan keutamaan
akhirat dibiar berciciran
kehidupan disia-siakan
betapa diri ini hamba yang merugikan
membiarkan masa berlalu pergi tanpa sebarang pengisian

kini diri ini kembali bangkit
dengan kasih sayang dari Yang Maha Esa
Yang Maha Mengetahui akan kekuatan dan kelemahan hambaNya
malah lebih memahami diri ini dari dirinya sendiri

indah
sungguh indah pabila hidup dengan bergantung harap sepenuhnya pada Allah
berserah padaNya
redha dengan ketentuanNya
hati digamit rindu padaNya
rindu yang mencengkam jiwa
mudah tersentuh dengan ayat-ayatNya,
melihat Kaabah hati digamit rindu
moga diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya~

ya Allah
telah Engkau beri diri ini hidayah
petunjuk jalan menghampiriMu
pimpinlah hambaMu ini hingga berjaya menggapai syurgaMu
kuatkanlah diri ini dalam melangkah menempuh ujian yang Engkau berikan
jadikanlah hambaMu ini seorang yang sentiasa mencintaiMu
penuhilah segenap ruang hati hanya dengan rasa cinta dan rindu padaMu
pertemukanlah diri ini dengan insan yang mencintaiMu melebihi diriku
 yang sentiasa mendahulukanMu dariku

ya Allah 
jangan Engkau tarik kembali nikmat iman yang telah Engkau berikan
biarlah diri ini diulit rasa insaf sebagai hambaMu
biarlah diri ini sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanMu
janganlah Engkau biar diri ini hanyut dengan arus jahiliyah yang semakin bergelora
biarlah diri ini merasakan kehadiranMu tiap masa dan ketika
betapa indahnya saat itu jika aku dapat merasakannya

ya Allah
diri ini merayu
hati ini merintih
tiap malam bermunajat padaMU
mengadu hanya padaMu
kerna hanya Engkau yang paling memahami
memahami akan rahsia hati diri ini.
ku serahkan diri ini padaMu
biarlah diri ini dapat kembali bertemuMu dalam keadaan yang Engkau redhai ya Allah
bantulah hambaMu.bantulah hambaMu.bantulah hambaMu

Allahhumma amin.Allahhumma amin.Allahhumma amin~

muhasabah diri
menginsafi kesilapan lalu

moga tahun baru menjadi tahun yang lebih baik
 menjadikan diri ini seorang hamba yang lebih taat dalam melakukan perintahNya 
meninggalkan segala laranganNya
takut hendak berbuat dosa, mahu diri sentiasa terpelihara~

tidak mahu toleh kebelakang
hanya mahu terus melangkah memperbaiki diri

moga Allah redha
moga hati ini terus ikhlas dalam beribadat
moga hati ini terus ikhlas dalam berbuat kebaikan.

insyaAllah 
amin
syukur alhamdulillah.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

~ tenang bahagia ~

~titik permulaan~

perkongsian kali ini adalah tentang sebuah permulaan ke arah perubahan diri yang lebih baik

perubahan itu perlu. mengapa?untuk memastikan diri kita ini sentiasa meningkat naik dan tidak terus berada dalam zon selesa untuk satu tempoh yang lama. matlamat kita adalah supaya iman di hati sentiasa tertingkat tiap hari, tetapi kita manusia biasa, pasti ada pasang surutnya. kejap naik kejap turun. ada masa rajin sangat buat qiam, tiba-tiba rasa berat sangat nak bangun malam. hati yang peka terhadap perubahan diri tidak akan biar iman itu semakin jatuh tetapi sentiasa berusaha dan berfikir bagaimana untuk istiqamah dalam sesuatu amal yang kita lakukan. pabila iman merudum jatuh, kita akan berusaha untuk meningkat ia kembali dan peningkatan itu akan lebih hebat dari sebelumnya. contohnya, mungkin dulu kita sekadar baca Quran, 2 muka surat sehari, tapi sekarang dah boleh istiqamah 10 muka surat sehari, alhamdulillah. amal yang dilakukan perlu berterusan hingga wujud kebiasaan dan terasa sayang untuk ditinggalkan.

permulaan ke arah perubahan diri itu tidak ana nafikan bermula dengan paksaan pada diri. paksaan yang datang dari hati. seorang pelajar itu tidak akan boleh menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pensyarah dengan hanya bergoyang kaki minum kopi. seorang suri rumah itu tidak akan mampu mengemas rumah jika sentiasa diulit mimpi. pabila datang situasi yang menuntut paksaan barulah hadir keingingan untuk menyelesaikan tugasan, tetapi keterpaksaan ini harus ada pada peringkat permulaan dan bukan sepanjang kehidupan! bila dah dekat due date, baru nak buat assignment. bila bersepah rumah baru nak kemas. bukan.bukan.bukan. keterpaksaan itu perlu hadir di peringkat permulaan hingga ia menjadi satu kebiasaan. 

bangkit dari tidur untuk solat subuh adalah cabaran terbesar dalam diri seorang mukmin, apa tidaknya, bangkit ketika diri sedang lena diselimuti dengan bayu angin yang sejuk~sungguh mencabar. ada satu ungkapan ana pernah dengar dimana 'seorang mukmin yang bangun ketika azan Subuh adalah seorang mukmin yang lalai. seorang mukmin harus bangun mempersiapkan diri sebelum azan Subuh.' pada peringkat permulaan kita akan rasa 'terpaksa' bangun awal, tetapi percayalah pabila sudah menjadi kebiasaan, hati akan menjadi ikhlas dan diri akan menjadi semakin ringan untuk beribadah kepadaNya.insyaAllah

permulaan memiliki sebuah blog sesuatu yang amat memeningkan, kerna banyak yang diri ini tidak tahu. insyaAllah dengan masa dan usaha, diri ini akan meningkat naik sikit demi sikit. masih dalam tempoh percubaan dan maaf atas sebaran kekurangan :)

kejayaan tidak akan datang tanpa sebuah permulaan.

orang yang berjaya ialah mereka yang memaksa dirinya untuk berubah.
orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.

moga kita semua menjadi golongan yang pertama, sentiasa mengharap kejayaan di dunia dan diakhirat
insyaAllah
amin ya Rabbi~

Sunday, January 30, 2011

~1~

assalamualaikum,
hari ini buat pertama kali niat di hati untuk memiliki blog tercapai jua, 
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah,
Allah jua yang permudahkan segalanya

ini sekadar satu permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih hebat.
moga Allah redha,
moga satu masa nanti,
 blog ini akan mampu memberi manfaat kepada tiap insan yang melakar jejaknya disini.
insyaAllah 
amin ya Rabbi~

bermula sebuah lagi tanggungjawab yang harus digalas~
sebagai bekal untuk sebuah kehidupan yang kekal abadi~