Thursday, June 16, 2011

~Forever in Jannah~

Cinta Ilahi cinta pertama di muka bumi~insyaAllah amin~ picture by pinkparis1233 of deviantart~


mencari cinta
cinta suci cinta sejati
bukan berlandaskan nafsu diri
erti cinta kerana Ilahi
mahu sampai ke syurga
mahu kekal bahagia di akhirat sana
mahu bertemu Yang Maha Esa

bercinta berlandaskan syariat
pasti membuah bahagia
mahligai syurga di dunia
tidak mahu hanya berseronok sementara
berpimpinan tangan bukan dengan suami tercinta
berdua-duaan dengan couple durjana
kerna yang ketiga pasti ada dia
sentiasa membisikkan tipu daya yang bertuhankan nafsu diri mengundang derita

cinta itu suci
cinta adalah anugerah Ilahi
buat hamba-hambaNya di muka bumi
jangan biar dinodai dengan nafsu diri
jangan dinodai dengan kehendak hati
jangan dinodai dengan nikmat keseronokan duniawi

cinta itu bernilai jika matlamatnya mahu sampai ke syurga
bermakna jika berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
bahagia jika berpandukan syariat dan meniggalkan laranganNya

cinta rapuh
hanya bahagia di mata dunia
hanya tipu daya semata 
lagaknya seperti pasangan berkahwin
berpegangan tangan, merenung saling berpandangan
berpimpinan tangan, berdating di khalayak ramai

amat rapuh cinta manusia
menjadi hina pabila dinodai nafsu serakah
menjadi hina pabila membelakangkan Pencipta
ibarat Allah itu tiada
sesuka hati bersuka ria di bumiNya
ibarat DIA tidak berkuasa

benarkah itu cinta?
benarkah ia bahagia?
benarkah cinta itu couple?
benarkah couple itu bahagia?

bukankah dengan perkahwinan ia akan menjadi lebih bahagia
bukankah dengan menjaga Allah itu akan lebih bahagia?
dimana bukti iman
pabila solat dijaga syariat dilanggar?

cinta itu mahu sampai ke syurga
~bukan berseronok sementara dan berakhir di neraka~ 

2 comments:

  1. Ada 3 macam cinta.....
    1...Cinta dari Jin
    2...Cinta dari Syaitan
    3...Cinta dari Allah

    Maka pilihlah yang ke-3 kerana itulah Syurga Cinta, cinta yang diredhai Allah

    ReplyDelete