Tuesday, June 7, 2011

~malapetaka~

~endless obstacles in life till the end~picture by eXcer of deviantart~



'kenapa semua ni berlaku kat aku?'
'kenapa tak ada orang yang faham aku?'
'kenapa aku je yang selalu kena buat?orang lain tak boleh ke?'
'kenapa aku susah, orang lain senang, apa yang aku dah buat salah?'
'kenapa famili aku tak macam orang lain?kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain?'


persoalan-persoalan yang tidak akan berpenghujung dari insan-insan disekeliling kita atau mungkin dari diri kita sendiri. persoalan-persoalan yang berkisar tentang kehidupan seharian kita. kenapa, mengapa, bagaiamana, berulang-ulang bermain di dalam minda manusia. sentiasa mempersoalkan tentang perkara-perkara yang berlaku. pabila marah, hilang rasional untuk berfikir, pabila marah dah menerajai hati, tika itu kita telah ditunggangi oleh syaitan, melontarkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan, meninggi suara. masa itu, semuanya lenyap, sepi. ibarat segala kebaikan yang berlaku tidak lagi dapat dirasa, tiada lagi bahagia. hanya rasa sakit, sedih, kecewa, marah, geram dan pelbagai lagi perasaan-perasaan negatif yang menerajai hati. bahagia, gembira, ceria, senyuman dan segala perasaan positif tidak lagi dapat dirasa. tika itu diri seolah-olah tidak pernah merasa bahagia.semuanya jadi senyap.gelap.sunyi.sepi.


ibarat ditimpa malapetaka yang amat hebat.
baru diuji dengan kehilangan barang tersayang, sudah menangis teresak-esak
baru diuji 'break up' dengan orang tersayang, terasa macam nak mati!
baru di uji dengan kerenah manusia yang pelbagai ragam sudah terasa hati, tidak mahu bertegur sapa kecewa dan putus asa.
baru diuji dengan kereta rosak?dah memaki hamun orang yang menggunakan kereta.
baru diuji dengan makanan tak sedap?dah bermasam muka, mengguris perasaan insan yang memasak.


ujian dan dugaan silih berganti tiap masa, tiada siapa yang tidak pernah diuji, malah kekasih Allah juga turut diuji. malah ujian-ujian yang dilalui Rasulullah S.A.W adalah ujian-ujian yang berat. manusia masa kini? ujian-ujian kecil sebegitu sudah melatah, sudah merudum semangat juang, sudah putus harapan hidup. amat kecil.amat.amat kecil. ujian yang kita lalui masa kini tidak sedikit pun setanding dengan ujian para Nabi.


mari muhasabah diri kembali. kita sama-sama tenangkan diri, fikirkan kembali rentetan peristiwa yang membuatkan kita perlu menghadapi dugaan sedemikian dari A - Z. pabila kita dalam keadaan yang tenang, kita akan dapat melihat dengan jelas, rupa-rupanya segala yang berlaku pada kita adalah akibat kesilapan diri kita sendiri, tetapi ego kita menidakkan! orang lain yang salah bukan kita! tetapi kita perlu sentiasa ingat, kita yang sedang menghadapinya sekarang, bukan orang lain, bukan sesiapa tetapi kita. kita yang berdepan dengan ujian itu. tak akan tak ada secubit kesalahan dari diri kita yang menyebabkan kita diuji sedemikian rupa?apa yang menghalang kita dari meletakkan kesalahan pada diri kita sendiri?


EGO. kehendak nafsu kita melawan. mahu sentiasa dipenuhi walau akan mendatangkan kemudaratan pada diri.
jika bershopping tak tengok harga, mahu beli yang cantik-cantik saja. lepas duit habis?terduduk.menyesal, risau tak tentu pasal.
jika berseronok, tengok cerita korea, berjam-jam depan TV memang buat diri tersenyum simpul, terbayang lagi bersama hero yang kacak dan macho, fuhh mulalah angan-angan impian yang tidak akan kesampaian!
bila nak baca Al-Quran, boleh pula berkira-kira 'nak baca 1 ke 2 muka surat harini?cerita secret Garden tak habis tengok lagi ni' walawala...mana satu prioriti ni???


bila nafsu dah dituruti, akal hanya mengiyakan dan merealisasikan, maka di hujung perjalanan akan ada penyesalan.
kerja tak siap, kualiti kerja merudum, tiada lagi ihsan dari insan bergelar kawan, semuanya menjauhkan diri


tetapi..
kita jangan lupa, pabila diuji, manusia akan sentiasa menyebut 'Allah..' tanpa kita sedar, tiap ujian yang kita hadapi, adalah satu bentuk kasih sayang dari Ilahi. Allah amat mengasihi kita, mahu kita sentiasa berada dekat dan rapat disisiNya.


ujian adalah satu rahmat dariNya, satu tanda kasih sayang dariNya dan bukan satu malapetaka yang membawa kehancuran buat kita di dunia, sebaliknya, ujian dan dugaan yang kita tempuhi ini, akan membuatkan kita terus kekal di atas jalan kebenaran yang sememangnya dipenuhi dengan onak duri


insyaAllah
amin~


~peringatan buat diri agar terus tabah dan sabar dalam melalui liku-liku hidup yang penuh onak duri~

No comments:

Post a Comment