Sunday, November 13, 2011

~Sahabat..ku rindu..~

sahabat~ ku rindu...





‎~Sahabat...ku rindu padamu~

sahabat,
ku rindu dirimu
mengingatimu saban waktu
mengenang bicaramu waktu dulu
adakah dirimu sihat tanpa ku disisimu

sahabat,
maafkan kekuranganku
kadang kala jarang menghubungimu
bukannya tidak ingat padamu
tetapi kekangan waktu amat mencemburuiku

sahabat
ketahuilah luahan hatiku
yang tidak pernah lupa akanmu
sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu

walau jarang perhubungan antara kita
bukan bermakna diriku lupa
ku tahu Allah pasti menjagamu sebaiknya
kerna segala harapan ku sandarkan padaNya

sahabat,
ingatlah daku dalam doamu
ukhwah kita menuntut perjuangan dan pengorbanan
jangan mudah lelal dalam perjalanan
yakinlah padaNya yang sentiasa akan menguatkan

sahabat
cintaku padamu hanya kerana Allah semata
moga cinta ini kan menguatkanmu dalam mujahadah

Ya Ilahi
eratkanlah ukhwah diantara kami
moga ukhwah ini menjadikan kami semakin dekat padaMu
pimpinlah kami dijalanMu

insyaAllah
amin~

1 comment:

  1. salam, sy rindu pd sahabt2 di KMPP, 2005/06...Sungguh indah ukhuwwah itu..rindu pd tarbiyyah yg diperoleh di sana..=(: Dia Seksi Orang Lain Yang Seksa!

    ReplyDelete