Monday, February 28, 2011

~kesakitan yang membahagiakan~

migrain attack~sakit yang membahagiakan~picture by Marsilea of deviant art~
sakit
sakit itu berlaku kepada tiap insan
mengingatkan diri dari kealpaan
diriku yang sedang sakit
teruji
dengan keadaan yang tidak mampu berfikir
melakukan pekerjaan
membuatkan diri kembali sedar
akan keperluan menghargai waktu lapang anugerah Tuhan.
memang tidak tertahan
tetapi inilah kafarah kepada dosa kemarin
terus sabar
terhadap ujian yang satu ini

kesabaran teruji
ketahanan teruji
untuk memperkuatkan diri lagi

ya Allah
sakit yang Engkau beri ini
akan ku harungi jua
walau lelah
walau payah
inilah sakit yang membahagiakan
membawa diri hampir kepadaMu
sentiasa mengingatiMu

~perkuatkan langkahku ya Allah~

Thursday, February 24, 2011

~marah membawa kehancuran diri~



amarah
amat bahaya
penghancur dunia
tajamnya menghiris hati
lukanya parah sukar diubati

gantinya dengan menahan diri
sabar dan beristighfar mengingati Ilahi
jangan biar amarah menguasai diri
kelak hati kita akan mati

sifat marah ini memang ada dalam diri setiap manusia, pabila kita marah, kita tidak akan sedar dan tidak akan mampu mengawal patah bicara yang keluar dari mulut kita, kita akan biar nafsu dan syaitan memainkan peranannya, tanpa kita sedar, kita telah berjaya membiarkan syaitan mempergunakan kita. tanpa kita sedar kita telah melukai hati orang-orang yang kita sayangi dengan memarahi mereka. amarah ini sangat merbahaya, kerna pabila hati orang yang dimarahi itu terguris, lukanya amat dalam, walaupun sembuh, parutnya kekal buat selamanya. 

amarah ini cermin peribadi kita, bagaimana kemampuan kita mengawal emosi pabila ditekan dalam situasi di luar kawalan. bagaimana kita mengawal gelojak hati yang tidak mampu lagi bertenang pabila berdepan dengan situasi yang amat tegang. kita tidak pernah suka dimarahi, begitu juga dengan insan lain. caci nista yang kita lontarkan sewaktu kita marah amat menyakitkan hati insan-insan yang mendengarnya.

kawallah amarah kita sebaiknya, jangan sesekali biar amarah menguasai kita, kelak kita menyesal dan tidak mampu memutar kembali waktu kepada asal. tidak rugi walau sedikit pun kita bersabar, mengadulah pada Allah kerna Allah pendengar terbaik, sentiasa dekat dengan hambaNya
kawallah amarah sebaiknya
usahalah mendidik diri dengan kesabaran dan ketabahan, semua itu memerlukan usaha yang berterusan
moga Allah memberi kita kekuatan 
insyaAllah
amin~

Wednesday, February 23, 2011

~muslimah solehah bidadari syurga~



satu persoalan yang kerap bermain di minda
apa yang sudah terjadi pada muslimah-muslimah masa kini?
ana tak nafikan dulu diri begitu jua, tapi kini sedang cuba memperbaiki diri lebih baik lagi.

dimanakah peribadi muslimah solehah yang merupakan perhiasan di muka bumi?
dimanakah harga diri seorang wanita itu?
mengapa, mengapa begitu murah kini?

pabila seorang wanita itu ingin keluar rumah~
tengok cermin jap.
"eye liner dah pakai"
"maskara, eye shadow"
"blusher bagi merah sikit pipi comel sikit" touch up sikit"
"ouh.ouh lupeee... lipstick pink kegemaran"
"berseri sikit muka ni barula cantik comey~"
"ok dah siap!" - selepas satu jam, solek mata je dah 30 minit ^^
macam puteri kayangan dah waa~ 
"akulah yang paling cantik hari ini!"
'nak pakai baju ape plak ni?' baju ni besar sangat ar, nanti tak cantik nampak gemuk'
'nak pakai legging lah! dengan bju tee warne merah + inner'
'pergh memangla curve aku nih macam model' posing sikit mik gambar satu. klik.klik.klik. nanti nk masuk fb plak.
cantik2. tudung bunga2 merah lilit2 jangan sampai terbelit! uhuk. t tercekik plak T.T

wah3... situasi yang berlaku masa kini~
dimana-mana saja kita boleh lihat muslimah kita berfesyen dengan kreativiti masing-masing.
memang meletup lah! jadi igaun lelaki-lelaki yang melihat. terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan.
geram jer tengok.tapi tak leh nak buat paper~
sekadar cuci mate ajelaa, nak buat camne, bukan isteri~
so dapat tengok pon jadilah, tapi tetap tak puas ati!selagi tak jadi milik tetap!
sian betul lah dekat kaum lelaki ni~
di acah-acah macam tu je, bagi tengok tapi takleh nak pegang, tak gitu?
yang wanita, bangga pabila dijadikan pujaan kaum lelaki~
tapi adakah itu senarionya?
senario yang kita nak lihat?
peribadi yang begitukah yang dikatakan perhiasan dunia?
pakai tudung tapi tak labuh~
takat cukup makan atau atas dada, (kira tutup aurat ke tu?)
pakai baju tapi curve badan mengancam ikut bentuk baju~
pakai heels yang 5 inchi tapi tak pakai socks siap bunyi macam pertandingan kawad~
pakai seluar tapi curve lutut, betis semua pun ikut jelas nampak~
curve-curve bahaya semuanya terdedah
apa lagi yang tinggal buat bakal suami?
semuanya dah diceritakan melalui pemakaian
semuanya, tiada lagi rahsia...
tiada lagi surprise,

nanti malam kahwin "laa...dulu macam ni gak, lain takde ke?"
begitukah yang kita mahukan?

tiada siapa yang tidak tahu hukum menutup aurat itu adalah WAJIB,
tapi bukan dengan memakai baju yang ketat serta tudung yang singkat :)
memakai baju yang penuh labuci hingga menarik perhatian orang melihatnya.
memakai kasut yang derap bunyinya boleh dikenali 1000 batu jauhnya~
BUKAN.BUKAN.BUKAN.

wanita, penjagaan auratnya lebih banyak dari lelaki kerana merupakan perhiasan dunia yang amat berharga
maka perhiasan ini adalah hanya untuk tatapan insan yang bergelar suami
bukan untuk lelaki-lelaki yang ditemui ketika kerja, keluar makan atau ketika bersama sahabat handai.
apa yang dimahukan ketika keluar dengan persiapan yang rapi dan memikat hati insan yang melihatnya?
pujian? keyakinan diri?
'pergh, cantik giler la ko pakai baju ni, memang mantop!'
'wanginye perfume, buat abang makin sayang'
sayang, abang je yang boleh pegang tgn sayang tau, sbb abg boyfriend syg.
org lain takde hak, abg je'
dah akad nikah ke belum wahai muslimah-muslimah sekalian? ^_^
jangan mudah menyerah diri kepada nafsu,kelak merana diri~
jual mahallah dan kita takkan rugi, insyaAllah.
jika pujian dan kebanggaan di kalangan manusia yang kita harapkan
maka kita telah mendapat dosa dan murka dari Allah S.W.T.
Pencipta kita yang Agung.

kita hidup ni, dengan izinNya,
kita hidup ni dengan Kasih SayangNya,
walau kita banyak berpaling dari mengingati Allah,
Allah tetap tidak memberi kesusahan pada kita, cuma kadang-kala diuji sedikit.

mari usaha membentuk peribadi muslimah solehah
ana jua sedang cuba untuk memperbaiki diri
banyak yang harus diperbaiki
satu coretan sebagai peringatan buat diri serta semua yang membacanya
moga kita terus kuat untuk hilangkan rasa cinta pada dunia
dan berusaha untuk menggapai bahagia yang kekal abadi di akhirat sana
insyaAllah~
amin~

Tuesday, February 22, 2011

~sekeping hati~



mencari identiti diri kembali
dalam usaha menuju Jannah
sudah ku ketahui mujahadah itu penuh liku
sudah ku ketahui kesusahan dan kepayahan kan diuji saban waktu
tetapi masih belum benanr-benar kuat dan tabah dalam mengharunginya

hati ini masih lagi rapuh
hati ini masih mudah terasa
dalam usaha mendidik hati
agar sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi
agar sentiasa cinta kepada suruhan Ilahi
agar membenci untuk melakukan larangan Ilahi

bermula dengan paksaan hingga menjadi kebiasaan
tiada jalan pintas untuk ke syurga
semuanya bergantung pada diri
dalam melawan arus jahiliyah tiap hari
bergantung pada hati yang suci
bergantung pada akal yang memandu diri
jangan sesekali terpedaya dengan bisikan nafsu dan syaitan
kelak merana, hati gundah gulana semuanya serba tak kena.


wahai dirimu serta diriku
jalan yang kita pilih ini jalan yang penuh liku
jangan sesekali berputus asa, jangan sesekali berhenti melangkah
yakinlah akan pergantungan terhadap Ilah
saban hari memerhati, saban hari menyeru, saban hari mengingatkan diri
agar tidak leka dengan keseronokan duniawi.

wahai diriku serta dirimu
ketahuilah bahawa solat 5 waktu itu adalah wajib
ketahuilah bahawa menutup aurat itu adalah wajib
jangan sesekali kita langgar ketetapan Ilahi
carilah kekuatan diri untuk mengikut segala suruhan Ilahi
tanda kasih dan cinta kepadaNya yang menciptakan kita di muka bumi
diriku amat menyayangi rakan seperjuanganku
maka peliharalah dirimu sebaiknya dari pandangan mata ajnabi
moga kan bertemu cinta sejati kekal di syurga Ilahi
sabarlah dalam bermujahadah
pohonlah kekuatan dariNya

jangan menyombongkan diri 
terasa diri mampu hidup tanpa pertolonganNya
bermunajat dan mengharaplah hanya padaNya
bukan pada pasangan yang tak halal buat diri

sabarlah, 
jika benar cinta 
bernikahlah.

jangan terpedaya dengan cinta yang dihias cantik oleh syaitan.
kononnya sehati sejiwa berdating tak kira masa
kelak diri terbakar panas dengan api neraka
jika panas terik matahari tidak tertahan
jangan sesekali menempa tempat di nerakaNya

sabarlah wahai diri
sabarlah
ketahuilah perjuangan dirimu ini tidak sedikit pun setanding para nabi
maka
berusahalah semampunya
moga kita semua kan bertemu kembali
di taman-taman syurga
menjanjikan kebahagiaan
yang kekal abadi

insyaAllah
salam perjuangan
dari seorang hamba Ilahi

~amin ya Rabbi~

Thursday, February 17, 2011

~inside me~

picture by Glareusy of deviant art~ kembali bangkit!menggapai langit dengan kaki menjejak tanah!

hari semalam yang berlalu adalah sejarah
pengajaran yang mengajar diri untuk memahami
pengajaran yang mengajar diri erti kesabaran
pengajaran yang mendidik hati

alhamdulillah

tarbiyah dari Ilahi
agar diri ini memperbaiki diri lagi
berusaha lebih lagi
jangan mudah melatah
jangan mudah kecewa
jangan mudah merana

fahamilah insan lain
fahamilah mereka
mereka tidak dikurniakan nikmat kefahaman
seperti dirimu

maka,
bersabarlah
redha dengan segalanya
perancanganNya adalah yang terbaik
ketentuanNya adalah yang terbaik

insyaAllah.
amin ya Rabbi~

Wednesday, February 16, 2011

~broken heart~

~it really hurt inside me~

it takes time to heal a broken heart
it cannot simply heal
I just need time with Him
hope it will get better as time pass by~

it really hurt
deeply 
inside me.

ya Allah
I am depending on U
only U
please help me
don't let me be in this state for a long time
I really need U

~amin~

Sunday, February 13, 2011

~tidak akan berputus asa!~


picture by antontang of deviant art - tidak mahu berputus asa!
ketahuilah wahai diri
perjuanganmu tidak setanding para Nabi
adakah dirimu mahu menyerah kalah?
tanpa perjuangan yang sebenarnya?
bangkit!
bangkit berdiri!
dengan nur iman
dengan semangat mujahadah yang tinggi!

orang yang berilmu akan disanjung tinggi
carilah ilmu walau sukar, walau payah
tetapi
jangan pernah dirimu berputus asa
teruskan langkahmu
hingga mampu menggapai syurga

dirimu
mawar berduri
jagalah harga diri
moga menjadi bidadari di akhir nanti~

sabar.tabah dan tenang
ketahuilah tiap waktu
Allah berbicara denganmu
memberi pengajaran dan peringatan buatmu
jangan berkeluh kesah
jangan gundah gulana
teruskan pergantungan terhadap Ilah
di situ akan bertemu bahagia

~Redha dengan segala ketentuanNya~
hanya Dia  Mengetahui.

Saturday, February 12, 2011

~suara hati~

picture by incredi of deviant art : dengarlah suara hati yang sering minta diisi dengan iman~

hati yang gundah gulana tidak keruaan.
sesuatu menusuk kalbu minta diisi.

IMAN

hati ini dahagakan iman yang kukuh pada Ilahi
hati ini dahagakan hubungan,keindahan bertawakkal hanya pada Maha Pencipta.
hati ini mahu bergantung harap hanya padaNya. tiada tempat pergantungan terbaik selain dari Allah SWT.
hati ini ingin sentiasa subur mengingatiNya tiap masa dan ketika.
betasbih, bertahmid memuji kebesaranNya.

hati ini sunyi jika alpa dengan kehidupan duniawi.
hati ini sunyi jika sering bergelak ketawa dan bersukaria
hati ini tidak keruan mengenangkan noda dosa tiap masa
hati ini gelisah pabila lari dari tanggungjawab sebagai khalifah.

hati ini minta diisi.
hati ini minta diisi dengan cahaya keimanan 
menerangi diri mengharungi hidup yang kelam malap.
tanpa iman, hati ini sunyi.
tanpa iman hati ini sepi.
tanpa iman hati ini mati

mahu hati ini sentiasa terisi dengan iman
tidak mahu lagi merasa sunyi dan sepi tanpa kasih dari Ilahi.
mahu sentiasa mengejar akhirat. 
menjanjikan kebahagiaan yang kekal abadi.

moga hati ini mampu menongkah arah 
mencari cahaya terang di balik kegelapan yang menyelubungi.
tidak mahu lagi malap.
tidak mahu lagi hitam
tidak mahu lagi mati dari cahaya Ilahi
mahu sentiasa mengorak langkah menuju cahaya terang.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah 
kepada Allah ku panjat rasa syukur.
segala puji hanya untukNya.
yang menggenggam hati ini~
moga hati ini sentiasa terjaga dari kelekaan duniawi~

amin ya Rabbi~

Friday, February 11, 2011

~peringatan buat diri yang sering alpa~



AURAT WANITA
Bagi SEURAT@SEHELAI@SEUTAS rambut yang ditayangkan secara sengaja pada lelaki ajnabi,
akan diseksa dengan digantung badan pada rambutnya dalam neraka sehingga mendidih otak selama 40 tahun.

1 urat rambut= 40 tahun akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia
40 tahun akhirat= 14 600 000 dunia

Peristiwa Israk Mikraj- peringatan buat diri

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya. 

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut) 

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta. 

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki. 

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.



6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci. 

7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin. 

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat. 

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

moga ia menjadi satu peringatan yang jelas buat diri yang sering alpa dan leka serta menganggap dosa itu biasa, takutlah kita dengan azab Allah S.W.T.

p/s: terima kasih buat ema mira :)

Tuesday, February 8, 2011

QASIDAH ISTIGHFAR


Aku memohon keampunan kepada Allah, Tuhan sekalian makhluk
Aku memohon keampunan kepada Allah, daripada segala dosa

Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku
Dan terimalah amalanku
Yang member rezeki yang luas
Dan terimalah taubatku, taubat nasuha

Dan ini rahsia seruanku (Doaku padaMu)
Dan aku berharap moga dipermudahkan
Aku adalah hamba yang fakir
Sesungguhnya kami fakir dan memerlukan

Dan cukupkan aku dengan ilmuMu Ya Rabbi
Dengan soalan dan pilihanku
Ya Tuhanku yang menguasai diriku
Engkau Maha mengetahui bagaimana hambaMu ini

Saturday, February 5, 2011

~23~

~picture by valorfive of deviant art~ 
Selamat Hari Jadi Normaszarina

alhamdulillah
4 Februari 2011
menandakan diri sudah 23 tahun
umur semakin meningkat
moga amal juga semakin tertingkat.

Diri semakin hampir dengan kematian
semakin hampir dengan pertemuan denganNya
adakah diri telah bersedia dengan sebaiknya?

sungguh
diri ini masih bertatih
dalam mujahadah dunia
dalam seni melawan nafsu dan godaan musuh durjana
tidak dinafikan sukar
tidak akan sesekali berputus asa.

23
semakin  meningkat tanggungjwab
bakal menjadi seorang isteri
bakal menjadi seorang ibu
mempertingkatkan usaha menjadi anak solehah
memperbaiki diri sebagai seorang hamba
satu angka
yang membawa diri ini semakin sedar
perlu mempergiatkan usaha
membentuk peribadi mulia
membentuk peribadi muslimah solehah

insyaAllah
alhamdulillah
moga masa tiap detik yang berlalu selepas ini
tidak akan berlalu dengan sia-sia
amin ya Rabbi~

Wednesday, February 2, 2011

~no turning back~




Allah kini beri kita satu tempoh waktu yang amat pendek.
tapi kita tidak sedar akannya
kita merasakan mati itu lambat lagi
kita merasakan masa itu banyak lagi
kita merasakan taubat itu boleh dilengahkan lagi
kita merasakan hiburan itu seronok sekali

Allah beri kita satu tempoh
kehidupan di dunia yang hanya berpuluh-puluh tahun
untuk kita hambaNya membuktikan cinta kita padaNya
untuk kita mengabdikan diri kita padaNya
bukan merasakan dunia ini hak milik kita!
bukan untuk membuat hal sendiri tanpa memikirkan impaknya!
bukan buat sesuka hati ibarat Dia tiada!

Allah beri kita satu tempoh
jika kita salah dalam pengisiannya
pengakhirannya dan kesannya adalah buat SELAMANYA
tiada lagi peluang kedua atau ketiga
kerana banyak peluang yang diberi masa kini
kita persiakan dengan hiburan dan keseronokkan diri
jika pengisiannya adalah amal kebaikan
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
beruntunglah hambaNya itu buat selama-lamanya
dapat berjumpa dengan PenciptaNya
sentiasa dicintai dan dirindui
merasa bahagia yang kekal abadi~

Allah beri kita satu tempoh
Allah beri kita peluang saban hari untuk kembali padaNya
Allah menanti hamba-hambaNya
Allah menyayangi hamba-hambaNya
tapi kita tidak pernah menghargaiNya
malah memalingkan diri dariNya
mencari hala sendiri, bongkak dan sombong di dunia

Allah beri kita satu tempoh
untuk kita saling berkasih sayang keranaNya
saling berukhwah keranaNya
bukan saling mengata dan mengeji antara manusia
bukan saling membenci sesama manusia
bukan untuk saling menderhaka kepada kedua ibu bapa
bukan saling memandang rendah dan merasa diri paling hebat di dunia
hanya Allah yang hebat
tiada yang lebih besar kuasanya dari Allah
hanya Allah
mengapa kita boleh rasa diri kita berkuasa?
adakah bertuhankan nafsu dan syaitan?

kita ini dalam kepompong kekuasaan Allah
kita ini dalam pemerhatianNya tiap saat

kita menikmati segala nikmat kurniaan
tapi masih berani ingkar dengan perintah larangan
semuanya kita buat endah tak endah
semuanya kita buat sambil lewa
aurat dibiar terbuka
lidah dibiar bebas mengumpat mengeji dan mengata
mata tangan dan kaki dibiar bermaksiat sentiasa
dimana kekerdilan diri seorang hamba?

hati merintih
mengapa begitu sukar?
mengapa begitu ingkar?

tik.tok.tik.tok.
masa berdetik.
tanpa henti
tiada kembali.

bagaimana kedudukan kita masa kini?
sebagai hamba kepada Ilahi?