Saturday, April 16, 2011

~halaqah cinta kerana Ilahi~

picture by albirru of deviantart~ halaqah cinta Ilahi~


halaqah cinta
sesuatu yang indah
suasana bi'ah solehah tidak pernah dirasa
hari ini pertemuan pertama
pertemuan pertama kerana Ilah
betapa indah
saling berkongsi ilmu, menggarap kekuatan Ilahi


alhamdulillah
akhirnya Allah izin diri ini duduk berhalaqah
bersama sahibah solehah
sejuk mata memandang
ketenangan jiwa amat terasa
suasana asing yang tidak pernah dirasa tetapi amat rindu untuk kali kedua.


pabila berkongsi ilmu kerana Ilah
semuanya kan jadi indah
semuanya hanya bahagia.


tiada kata mampu ku ucap
melain rasa syukur
sesungguhnya diri ini tidak pernah keseorangan
dalam mengejar cinta Ilahi
cinta hakiki cinta abadi


ya Allah
izinkan diriku berhalaqah lagi
ku amat rindukan suasana itu


sungguh diri ini amat rindu.


sesungguhnya kekuatan dalam mentarbiyah diri
terletak pada hati.
jangan mudah goyah dengan arus jahiliyah
sesungguhnya kita ada pergantungan utuh kepada Ilah
walau diri keseorangan
dirimu menjadi perintis mewujudkan suasana bi'ah solehah yang didamba


berusahalah dari saat ini
untuk mempertingkatkan kualiti diri.
selarikan Islam dengan peribadi.
moga dengan usahamu Islam akan kembali tinggi.

4 comments:

  1. semoga segala harapan dan doa dapat dicapai, dengan redha-Nya :)

    ReplyDelete
  2. amin,insyaAllahya akhi
    alhamdulillah
    syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  3. Ziarah tulang belakang Dakwah,dan Dakwah tulang belakang Agama..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah
    terima kasih atas perkongsiannya
    alhamdulillah..

    ReplyDelete