mencari jalan pulang ,kembali ke pangkuan Ilahi yang menyeru diri tiap hari, mengharap kekuatan dariNya,agar diri terus istiqamah dalam mujahadah dunia~
Thursday, May 19, 2011
~Istiqomah~
ISTIQOMAH
satu perkataan yang membawa seribu perubahan jika dilakukan secara berterusan walau sedikit tetapi hasilnya amat mengagumkan.
dari permulaan sehelai muka surat pembacaan, jika diteruskan selama seminggu?
dari menulis satu perenggan, jika diteruskan selama satu jam?
begitulah jua kita dalam usaha untuk istiqamah dalam bermujahadah di dunia
melawan nafsu serakah, menentang kehendak diri, menentang hasutan duniawi. ia bukan sesuatu yang mudah.
tanpa pergantungan yang utuh kepada Ilah, kita boleh jatuh ke lembah neraka.
tanpa kita sedar diri kita semakin lama semakin berat untuk melakukan kebaikan, semakin berat untuk berqiamullail, semakin berat untuk bersolat.
semuanya tidak berlaku secara mendadak, tetapi berlaku dalam keadaan yang kita sendiri tidak sedar bahawa prestasi kita semakin lama semakin jatuh, bila kesedaran itu timbul, diri ibarat berada di garisan permulaan semula. semuanya terasa sukar. semuanya terasa malas.
kecewa, geram, dan persoalan yang sering timbul dalam diri:
'aku tahu tak boleh tapi kenapa aku buat?'
'aku tahu Allah mesti tak suka kalau aku tak jaga aurat tapi kenapa aku buat?'
'aku tahu percampuran dengan lelaki tanpa urusan yang penting adalah haram, tapi kenapa aku buat???'
KESEDARAN
tanpa kita sedar, terbit kesedaran dalam hati bahawa perbuatan-perbuatan yang kita lakukan seperti, tidak menutup aurat dengan sempurna, bergaul bebas dengan lelaki, berhabis masa di fb hingga terabai segala urusan tetapi yang menjadi masalah adalah ketika kita ingin memulakan langkah perubahan.
langkah pertama, kedua dan seterusnya hingga ke akhir hayat. langkah pertama itu selalunya bukan mudah, sering tertangguh, sering terbit rasa untuk berpatah balik. bukan satu perkara yang mudah.
langkah pertama itu penuh dugaan, terasa payah, terasa berat, terasa susah walau sekadar cuba ubah untuk sentiasa solat di awal waktu!teramat susah dari mengarang mesej berjela-jela di fb.
BERAMAL
kesedaran yang hadir di lubuk hati jika tidak diringi dengan amalan kebaikan sebagai pembuktiaan iman ia akan lama-lama terhakis dengan kehendak nafsu dan ajakan syaitan. jadi apa yang perlu dilakukan adalah jangan bertangguh untuk berubah menjadi lebih baik! teruskan pencarian diri, tingkatkan diri, tingkatkan akhlak diri, moga di akhir perjalanan kita nanti, kebahagiaan abadi yang kita perolehi
insyaAllah
amin~
mujahadah itu pahit dipermulaan
manis dipenghujung jalanan
sukar dipermulaan
indah di akhir perhentian
jatuh, bangun, jatuh dan bangkit kembali
jangan pernah berputus asa walau terasa berat walau terasa susah
tetap teruskan langkah
Allah ada
yakinlah akan bantuanNya
DIA sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.
moga kita kan terus kekal
dalam usaha melawan nafsu dan hasutan syaitan
amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum.
ReplyDeletesampai beruban Rasulullah memikirkan tentang istiqamah.
rupanya.... istiqamah itu sangat penting.
orang cakap sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
terima kasih utk post ini.
:)
semoga kita semua dikurniakan kekuatan utk beristiqamah.
waalaikumussalam
ReplyDeletesyukran jazilan syaPhoenix
moga kita dikurniakan kekuatan untuk teruskan langkah dalam bermujahadah, insyaAllah amin~ :)
terima kasih atas perkongsian~