Thursday, June 9, 2011

~Pecutan Ramadhan!~

Ramadhan is coming, are we ready yet?~picture by warnaiman of deviantart~



assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untukku berkongsi di teratak tempat diriku berteduh dan menulis sebagai peringatan buat diriku yang masih bertatih dalam bermujahadah.
memandangkan Ramadhan yang hampir tiba, buat pertama kali persediaan lebih awal, bermula dari Rejab diteruskan hingga syaban dan bertemu bulan yang mulia bulan Ramadhan. 


setelah membaca penulisan Hilal Asyraf , Brohamzah serta Sister Khumairah di LangitIlahi, diri ini juga turut terasa bahang kehadiran Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi!


Ramadhan yang lepas menjadi titik mula sebuah penghijrahan diri ini dalam usaha kembali kepada Ilahi, sungguh, buat pertama kali juga, terasa begitu sayang meninggalkan Ramadhan yang lepas, terasa begitu sayu, sedih dan rindu, satu bulan yang dilalui dengan bersungguh-sungguh bagi membina kekuatan, tembok penghadang dari hasutan nafsu dan syaitan, menghadapi 11 bulan tanpa ditemani Ramadhan. sungguh, diri ini akui bukan sesuatu yang mudah, secara jujurnya memang terdapat penurunan amal dalam melalui bulan-bulan tanpa ditemani Ramadhan.


maka kali ini, persediaan harus dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh lebih teliti, lebih fokus dan perlu lebih kemas. perlu mempunyai jadual harian, agar peningkatan amal dapat dipantau dan diselia dengan lebih baik. perlu lebih tersusun. dengan perkongsian halaqah maya semalam oleh kak nur, tentang mutabaah amal, memantau amalan dalam masa seminggu bermula dari minggu ini, ingin ku jadikan ia sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi Ramadhan.


antara amalan-amalan yang akan di semak semula setelah seminggu adalah: 



  1. Tilawah-membaca Al-Quran dan terjemahan 
  2. Berqiamullail- ada bangkit tak dalam minggu tu
  3. Al-Mathurat- selepas Subuh dan Asar
  4. berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis
  5. Mentadabbur ayat  Al quran
  6. Hafalan ayat Al-Quran (surah yang ingin dihafal dalam masa seminggu)
  7. Hadis
  8. Solat jemaah di rumah
  9. Memperbanyakkan bacaan buku-buku Islami
  10. Melakukan ziarah untuk mengeratkan ukhwah
  11. Memperbanyakkan sedekah dan amal jariah
  12. Melakukan solat sunat Dhuha
  13. Beriadah
Ini merupakan amalan-amalan yang akan disemak dalam setiap minggu. ini akan menjadi panduan buat diri ini untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan. bulan Rejab, Syaban dan Ramadhan, adalah 3 bulan untuk kita bersama dengan kekasih Agung kita, moga dengan persediaan yang rapi akan dapat membantu menghadapi hari-hari pabila Ramadhan berlalu pergi.

ingin sekali lagi diri ini menggenggam ijazah taqwa, moga momentum semangat itu terus mekar dan subur walau Ramadhan tidak lagi menemani disisi~

selain itu ada juga cabaran untuk mengkhatam Al-Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan.

marathon, marathon ibadah akan bermula tidak lama lagi.
maka latihan intensif harus bermula kini!

moga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang bermakna. moga Ramadhan kali ini akan menjadi titik permulaan ke arah satu perubahan diri yang lebih baik.

InsyaAllah
amin

*pecutan Ramadhan bermula kini*
moga memperoleh ijazah taqwa di akhir larian!

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)" Hadith Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya" Hadith Riwayat Bukhari.



6 comments:

  1. kina!!!

    Alhamdulillah!

    I baru je terniat nak tanya u pasal benda ni!
    Hokayy, now i'll make the check list. anyyway, what ape maksud point no 5? mentadabbur? ape tu?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    ambil kesempatan Rejab dan Syaban sebelum tibanya Ramdhan...

    ~x sabar nak alami bulan Ramadan..penuh berkah~

    ReplyDelete
  3. Insha-Allah mulakan berpuasa di bulan rejab dan sya'ban.

    Selamat menyediakan diri untuk memecut :)

    Salam ziarah kak.

    ReplyDelete
  4. @ adil
    hope jawapannya dapat membantu ya ^^

    ReplyDelete
  5. @ana Jannah

    benar..sungguh ternanti-nanti yang dirindui~

    sama-sama kita persiapkan diri kita ya :)
    insyaAllah amin~

    ReplyDelete
  6. @Najihah Faizah.Azaman

    sama-sama kita persiapkan diri kita ya :)
    insyaAllah amin~

    ReplyDelete