Saturday, June 11, 2011

~Sepatutnya...~

blame yourself first before point finger to others~ picture by Freq245 of deviant art~

*****************************


'sepatutnya kan, kau tak perlu jadi pilot, kau kena jadi tukang masak jer, tengok sekarang siapa yang susah sekarang?'
'aku rasa lah kan, si minah tu patut pakai baju warna merah dari warna pink tak sesuai langsung!'
'aku rasa kau tak patut pergi majlis kahwin dia, tengok sekarang ni, siapa ynag sedih?siapa yang makan hati?'
'eee kau ni memang degil kan?dulu aku cakap dah tak payah buat macam ni, kau sepatutnya ikut je aku! sekarang aku gak yang susah!'


*****************************


sepatutnya~sepatutnya~sepatutnya~


Perkataan 'sepatutnya' sering terbit dari bibir manusia pabila ada sesuatu perkara yang tidak baik berlaku, atau, program tak ikut seperti yang dirancang atau tiba-tiba kemalangan berlaku. Selepas itu, akan adalah adegan saling memarahi, tak puas hati, saling menyalahkan, ego pada masa ini berada pada tahap tertinggi! dua-dua nak menang, dua-dua tak nak kalah, dua-dua nak membuktikan dia yang betul. akhirnya? kedua-duanya juga yang merana, pertalian kasih sayang berpuluh tahun pun boleh lenyap dengan penggunaan perkataan 'sepatutnya' ini. amat.amat.amat bahaya. boleh meranapkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, dan juga tali persaudaraan. 


'sepatutnya', jika digunakan di tempat yang betul akan membuahkan kesedaran yang amat tinggi. manusia tak pernah merasa cukup atau puas dengan apa yang dia ada sekarang. manusia akan terus mencari dan mencari harta kekayaan, mengejar pangkat dan darjat, saling membangkang, saling bersengketa, saling bermusushan, hidup penuh derita tidak aman dan sengsara, terus mengata sesama manusia, siapa yang rugi masa ni? siapa? kedua-duanya. Sebab, atas sebab 'sepatutnya', atau saling menyalahkan sesama kita, nilai kasih sayang yang dibenih, dan berbuah harum selama bertahun-tahun hilang serta merta.


Kita perlu sentiasa muhasabah diri kita balik. perbuatan menuding jari, menyalahkan orang lain atas apa yang telah terjadi, tidak akan memberi apa-apa kesan langsung, malah menambah derita, kecewa dan sengsara, mengapa mahu terus berkeadaan begitu?mengapa? ada faedah tak? selama pemerhatian saya, tiada faedah malah ia hanya akan mengundang derita.


mari kita tengok penggunaan perkataan 'sepatutnya' dalam situasai yang berbeza~


'aku banyak buat dosa, banyak tinggal solat sepatutnya Allah hukum aku dengan seberat-berat hukuman'
'aku banyak kali buat maksiat, pandangan mata aku tak terjaga, tangan aku selalu buat perkara yang tidak baik, sepatutnya Allah hukum aku atas perbuatan aku'
'aku selalu sangat marah orang, sakitkan hati orang dengan kata-kata pedas, sepatutnya Allah hukum aku, hilangkan suara aku'
'aku selalu keluar berdua dengan couple aku sepatutnya Allah hukum aku dengan seksaan yang berat'


manusia.manusia.manusia.
sering melanggar perintah Pencipta. sering berbuat dosa, sering mengabaikan seruanNya, sering melanggar perintahNya, sering membelakangkangiNya


tetapi...


apakah yang Allah balas terhadap perbuatan kita kepadaNya, tiada, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih lagi menyeru hambaNya untuk sentiasa bertaubat kepadaNya, tidak sekali-kali Allah menurunkan balasan jam itu juga, tidak sekali-kali Allah menzalimi hamba-hambaNya, tidak sekali-kali Allah terus masukkan hambaNya ke neraka setelah ingkar kepadaNya.


Pernah kita fikir macam itu tak?Allah, Tuhan yang menciptakan kita, amat memahami kita hambaNya, yang sentiasa berada dalam keadaan lemah dan kekurangan, tidak pernah pula Allah menyalahkan kita terus-terusan atas kesilapan yang kita lakukan, tetapi cuba kita fikir, apa yang Allah beri pada kita? peluang, peluang untuk berubah dan menjadi lebih baik, peluang untuk bertaubat, peluang untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kita, tidak pernah pintu taubatNya tertutup buat hamba-hambaNya melainkan bila tiba masa.


Kita sebagai manusia, hamba kepada Ilahi, seorang khalifah di muka bumi mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, dan seorang manusia itu pasti akan melakukan kesilapan dalam membuat pilihan, dalam membuat keputusan, maka kita ini yang sudah memahami, perlu berlapang dada, dan memberi peluang dan sokongan jika seseorang itu gagal dalam apa jua yang dilakukannya. bukan dibalas dengan kata-kata pedas, caci nista, bukan dibalas dengan menghukum kesalahannya, kita perlu sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat. teruskan membantu insan-insan yang dalam kelemahan, dalam kegagalan, kerana insan-insan itu menanti huluran tangan yang mampu menariknya keluar dari kegagalan. 


Bersabarlah wahai manusia, berlapang dadalah atas kelemahan masing-masing, dan jangan sekali-kali menggunakan perkataan 'sepatutnya' kepada manusia lain dan gantilah ia dengan 'bersabarlah, pasti ada hikmah disebaliknya' gantikan dengan kata-kata semangat yang akan mampu mencorakkan kembali insan tadi menjadi seorang yang hebat.


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta-benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)"


Maka, saling melengkapi dan saling menguatkan sesama kita itu perlu untuk kita terus bersama-sama kuat dalam menghadapi kehidupan dunia yang sementara~


Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 
(Asy-Syura: 42: 30)


Sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa mengampunkan kita hambaNya, takkan kita tidak boleh memaafkan kesalahan dari insan-insan yang berbuat salah pada kita?
mari sama-sama kita muhasabah diri kita kembali
berhenti menuding jari, berpimpinan tangan menuju syurgawi, tetap teguh dengan pendirian iman dan nikmat kasih sayang dari Ilahi kepada kita hambaNya. 


Jangan pula kita lupa, seorang mukmin itu tidak akan masuk kedalam lubang yang sama sebanyak 2 kali, maka jangan kita ulangi kesalahan kita, perbaiki diri kita dan didiklah diri dengan ilmu, moga kita akan menjadi lebih baik dari diri kita masa kini~




InsyaAllah
Amin~

3 comments:

  1. ~Syukran sis~
    baca petang sebelum berbuka...

    tertarik dengan...
    'bersabarlah, pasti ada hikmah disebaliknya'

    ~patut saya amlkan darpada SEPATUTNYA..~

    ReplyDelete
  2. afwan dik :)
    sama-sama kita perbaiki diri kita juga ya~

    insyaAllah
    amin~

    ReplyDelete
  3. Jazakallah Khayran Kasiro Ukhti...

    ReplyDelete