Cakap sorok-sorok, ingat Allah tak boleh dengar ke?~ picture by KeswickPinhead of Deviantart~ |
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t
Ada satu kisah, kisah masyarakat kita, yang sering berlaku di sekeliling kita tak kira peringkat umur, samada di sekolah, pelajar universiti atau dikalangan makcik dan pakcik yang pulang ke kampung untuk bercuti bersama keluarga.
**************
'wei, kau nak tahu tak? si minah yang kita nampak haritu,'
'yang mana?, aku tak ingat ar..'
'yelaa yang naik kereta BMW dengan lelaki tu, dia kerja pelacur wei! gila ah, teruk betul, harap siang je pakai tudung konon baik la, malam buat kerja tak senonoh, baik jadi macam aku ni, walau tak pakai tudung, tapi aku takda la nak buat kerja macam tu!. 'hahaha, biasala perempuan sekarang, bukan baik sangat tu ha semalan kau tak tengok makcik midah tu? gaduh teruk ngan laki dia sampai macam nak roboh rumah!hahaha'
'timah, kau tahu tak cerita pasal si leman ngan isteri dia tu? teruk betul la, boleh dia pukul isteri dia macam tu, pastu isteri dia minta cerai tak bagi pula!' 'lelaki sekarang ni memang tak boleh percaya, semua jahat, dah tak ada hati perut!'
'eeeee....geramnya aku dengan lecturer sorang tu, ikut suka dia je nak ubah-ubah date submit assignment!ingat aku ni robot ke apa?dah la banyak kerja sekarang ni!dengan projek lagi, thesis lagi pening ar macam ni!macam bagus ar, dia boleh buli student macam aku.'
**************
macam-macam kan sekarang ni kita tengok? orang tak main cakap belakang dah sekarang, sekarang ni, orang selalau pakai berkongsi fakta yang benar cuma tanpa pengetahuan empunya diri sahaja. macam-macam cara digunakan, macam-macam istilah diguna pakai.
'mana ada fitnah, cuma beritahu perkara yang benar je'
'mana ada salah, luahan hati dan pendapat pasal dia ja'
'laa kan betul apa yang aku sampaikan?apa yang salahnya?dia memang macam tu pun perasan baik tapi hati busuk'
Siapa yang tidak pernah berdepan dengan situasi seperti ini? Di sekeliling kita kini bermacam-macam ragam, bermacam-macam cara, sungguh kreatif manusia zaman sekarang mengubah cakap-cakap belakang menjadi sesuatu yang amat seronok diperkatakan, menjadi buah bicara dan juga perbualan ruji harian masa kini. Tak kira samada pelajar-pelajar di sekolah, universiti atau golongan berpangkat makcik dan pakcik, kesemuanya terlalu sibuk berdiskusi tentang hal orang itu, hal orang ini, masalah negara, kesilapan orang lain, keburukan orang lain, mencai cerca insan yang bersalah itu, berburuk sangka dengan rakan sekerja, boleh pula berkias-kias saling kutuk-mengutuk dekat facebook tanpa membicarakan nama. kreatif kan? cara orang-orang masa kini berkias dalam mengutuk dan mengata.
Bila kita berbalik pada Islam, agama yang kita pegang, keindahan Islam itu sendiri, adakah membenarkan perbuatan sebegini? dalam Islam, bagaimana ya cara untuk kita menegur dan mengetahui sesuatu perkara itu betul atau tidak?
Dari shahabat Anas bin Malik , bahwa Rasulullah bersabda:
Mari sama-sama pelihara diri kita, bual bicara kita, moga kita terlepas dari azab seksa di neraka
Bila kita berbalik pada Islam, agama yang kita pegang, keindahan Islam itu sendiri, adakah membenarkan perbuatan sebegini? dalam Islam, bagaimana ya cara untuk kita menegur dan mengetahui sesuatu perkara itu betul atau tidak?
Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )
Hadis ini menunjukkan kepada definisi mengumpat.
Jadi kini, kita dah tahu definisi bagi cakap belakang, mengumpat dan mengata perihal buruk orang lain. jadi adakah kita mahu meneruskan senaman mulut yang tidak menyihatkan hati kita ini?
sebab bila kita berkata sesuatu yang tidak baik, dalam hati mungkin berbicara 'aku tak adalah jahat sampai macam tu, nak bunuh abang sendiri',
'aku tak adalah jahat sangat nak buat perkara tak senonoh tu',
'aku ni lagi baik dari dia tu, tak adalah sampai nak buat benda macam tu.'
Ibarat kita ni, macam malaikat pula, tiada berbuat dosa, tetapi hakikatnya, bila kita dah berkata hal orang lain, berkongsi keaiban orang lain, maka secara automatiknya kita mendapat trofi dosa, dan perumpamaanya ibarat kita memakan daging saudara kita sendiri, sanggupkah kita? jika tidak sanggup, mengapa kita masih sanggup mengumpat perihal orang lain? bukankah perumpamaan yang diberi adalah sama?
Cuba kita ubah...
apa yang cuba ana sampaikan kali ini adalah, cubaan untuk berubah dari memperkatakan tentang keburukan orang lain sesama kita, cuba kita ubah sikit perkongsian itu jadi macam..
'wei, kau nak tahu semalam aku tengok cerita korea sampai ter miss solat maghrib!'
'kau nak tahu tak tadi aku tenung seorang mamat hensem sampai aku terhantuk dekat tiang!'
'aku nak bagitahu korang ni, aku..aku..tipu masa exam, aku bawa note sebab aku tak studi.'
'aku nak buat pengakuan ni, aku banyak lalai dalam solat aku, boleh dalam solat aku terbayang wajah budak yang aku minat tu? siap berangan lagi'
wah..ada berani tak?nak kongsi dengan teman rapat perihal keburukan diri sendiri? cuba kita buat dulu, lepas itu kita akan dapat rasa, 'banyak lagi yang buruk diri aku ni, nak cakap hal orang lain..pergh..tak layak betul.' jika kita berkongsi dengan orang lain tentang diri kita, lepas itu kawan rapat kita kutuk kita depan-depan sinis lagi siap tambah cili, apa agaknya kita rasa ya? putus persahabatan! (mungkinkah?)
Begitulah juga orang yang jadi bahan umpatan kita itu, apa agaknya dia rasa ya jika kawan yang dia percaya, atau ahli keluarga terapat cakap perihal buruk tentang dia?mesti sedih kan?
tapi mungkin juga terdetik..
'alaa jangan la bagi dia tahu,kita-kita je' *boleh pulak macam ni* bak kata orang, mulut tempayan ada penutup tapi mulut manusia ni, kita nak tutup macam mana? pakai stapler?gam?jahit?
dari seorang ke seorang sampailah berita itu kepada empunya diri.
Letaklah diri kita ditempat mereka...
Bayangkan, bayangkan perasaan dia, jika kita di tempat dia nak ke kita, orang lain tahu tentang perihal buruk kita?kalau boleh nak tutup, simpan kemas-kemas agar orang nampak yang baik-baik sahaja. Itulah juga yang perlu kita lakukan untuk menjaga hati keluarga, sahabat serta orang-orang di sekeliling kita. Berkongsi perihal yang baik sahaja, yang mengaibkannya kita simpan dan zip mulut dari bercerita, percayalah kita akan merasa lebih tenang, jika ada perkara yang tidak baik, tegurlah secara berhikmah, secara personal, dekatilah dia, dan jangan sesekali menegur dengan cara menghina, merendahkan dia dan menjatuhkan maruah dia, tegurlah secara berhikmah.
“Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kalian mengumpat (ghibah) kepada sebahagian yang lain. Apakah kalian suka salah seorang diantara kalian memakan daging saudaramu yang sudah mati? Maka tentulah kalian membencinya. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.” (Al Hujurat: 12)
Tiap patah bicara yang kita keluarkan, akan menggambarkan personaliti, akhlak, corak pemikiran, daya fikir dan semuanya boleh diterjemahkan oleh patah bicara kita. moga patah bicara yang keluar dari mulut ini hanyalah yang baik-baik sahaja, jauh dari sengketa, jauh dari menyakiti hati insan yang mendengar, jauh dari menyebar fitnah, jauh dari segala yang boleh merosakkan tali persaudaraan. sungguh percakapan itu lebih tajam dari bilah pedang, sekali ia mengguris hati, parutnya kekal hingga ke akhir hayat
gunakan mulut untuk berbicara
gunakan mulut untuk berdakwah
bukan untuk mencaci nista
bukan untuk mengumpat dan berdusta
kelak di tanya di akhirat sana,
mulut terkunci bicara,
bicara hilang entah kemana
saat itu...
terasa kerdil diri sebagai seorang hamba,
dikurniakan nikmat tetapi asyik berdusta,
dikurniakan nikmat tetapi hanya menabur fitnah dan bersengketa.
hidup di dunia ini hanya sementara
syurga itu kekal buat selamanya
kejarlah syurga, beramallah di dunia
moga kita kan kekal bahagia buat selamanya
kuncilah bicaramu di dunia
moga boleh menjawab kembali pabila ditanya di akhirat sana~
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." - HR Al-Bukhari & Muslim
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." - HR Al-Bukhari & Muslim
Dari shahabat Anas bin Malik , bahwa Rasulullah bersabda:
Ketika aku mi’raj (naik di langit), aku melewati suatu kaum yang kuku-kukunya dari tembaga dalam keadaan mencakar wajah-wajah dan dada-dadanya. Lalu aku bertanya: “Siapakah mereka itu wahai malaikat Jibril?” Malaikat Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia dan merusak kehormatannya.” (H.R. Abu Dawud no. 4878 dan lainnya)
Mari sama-sama pelihara diri kita, bual bicara kita, moga kita terlepas dari azab seksa di neraka
insyaAllah
amin~
~Peringatan buat diri~
eh, comel je~ =)
ReplyDelete