tarbiyah ibarat cahaya dalam kegelapan ~ picture by NUMBER-One 18 of deviantart~ |
ungkapan yang membuat diri ini seperti bangkit dari mimpi, kesedaran yang membuatkan semangat kembali membuak-buak untuk terus bangkit berjuang kembali!
betapa diri ini telah silap sebenarnya
dalam memahmi erti konsep tarbiyah yang sebenar
sungguh.
sebelum ini apa yang dirisaukan adalah penurunan dalam amalan
penurnan dalam berqiamullail
penurunan dalam merasai kemanisan iman
sungguh diburu rasa risau, risau kerna takut diri ini kembali dijajah jahiliyah, kembali ke zaman gelap, kembali jauh dari Ilahi, diri ini cuba bangkit berdiri, memaksa diri untuk meningkatkan amalan tetapi terasa amat berat sekali.
alarm clock diset 2 kali takut tidak tersedar untuk qiam, tapi sungguh, diri ini tidak terpilih untuk menjadi hambaNya yang bangkit bermunajat padaNya di dinihari~
pabila memahami erti tarbiyah yang sebenar
bergenang air mata, diri terasa ringan, hati terasa lapang, apa yang ku inginkan adalah untuk meningkatkan diri secara konsisten dan bukan secara mendadak dan kembali jatuh merudum. apa yang perlu diri ini lakukan adalah menjauhi dosa-dosa lalu, menjauhi perbuatan-perbuatan yang membuat diri ini leka dan lagha dengan kehidupan dunia~
dengan menjauhi dosa, diri akan tertingkat dengan amal kebaikan
dengan menjauhi dosa, diri akan sentiasa dekat kepada Tuhan
dengan menjauhi dosa, diri ini akan jauh dari lembah kehinaan.
tarbiyah itu bermula dari kemahuan diri
kemahuan diri yang ingin melakukan tranformasi
semangat juang yang tinggi untuk kembali bangkit berdiri
tarbiyah~
satu masa dulu
diri ini tidak pernah tahu kewujudan tarbiyah
hidup terawang-awangan di pentas dunia penuh penipuan
hidup tanpa arah dan tujuan
hidup hanya mencari kemuliaan
jauh dari Tuhan.
kini
diri ini mahu sentiasa menerima tarbiyah dari insan
agar jauh dari lubang kehinaan
agar jauh dari dunia penuh kepura-puraan
agar diri ini sentiasa di pentas akhirat yang menjanjikan kebahagiaan.
pentas akhirat, jalan dakwah seorang da'i, seorang da'i yang menyeru manusia kembali pada Ilahi
moga diri ini kan terus kuat
dalam mengharungi liku dakwah yang penuh dugaan dan cabaran
tetapi,
inilah jalan kebenaran soerang insan
yang mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan dunia dan akhirat di sisi Tuhan.
tarbiyah~
perlu sentiasa ditarbiyah dan mentarbiyah
agar mampu menjadi qudwah~
kepada insan-insan yang dalam kelemahan
satu tanggungjawab yang mesti digalas
satu kewajiapan yang terbentang dihadapannya seribu kepayahan.
tetapi ia juga menjanjikan satu kepuasan dan kebahagiaan.
pabila tiba masanya
kita dihimpunkan di padang Masyar
diri ini mampu tersenyum penuh kegembiraan
bersama keluarga dan insan-insan tersayang, mekar senyuman hingga ke syurga~
kekal bahagia buat selamanya~
insyaAllah
amin~
~tarbiyah adalah dengan menjauhi dosa dan sering bertaubat kepada Allah Yang Maha Esa~
No comments:
Post a Comment