Wednesday, July 20, 2011

~malu...?~

~buanglah rasa malu dalam menyatakan kebenaran dan keimanan kepada Tuhan~



'nak tak pegi tengok wayang?cerita transformers best woo'
'taknakla, aku sibuk sikit esok.'
'eee sibuk apanya?bukan esok cuti?mana ada keje banyak pun'
'ala, aku tak sukala tengok wayang, tak best.'
'kenapa? ooo, skema la kau ni, zaman sekarang mana ada orang tak tengok wayang.'


**********


'weyh, ada sorang kawan kita tu, ala budak laki yang baik tu, dia nak couple dengan kau, dia minta aku tolong sampaikan'
'eeyyhh?taknaklah. aku tak sedia lagi nak bagi komitment pada mana-mana laki'
'ala couple je, bukan suruh kahwin esok, kenal-kenal dulu, rapatkan silaturrahim'
'aku tak suka la couple2 ni, tak best'
'banyak la ko punya tak best, kolot betul la, mana ada orang tak couple sekarang ni, tgk ko jalan pergi mana-mana sorang2,takda orang teman, tak takut?'
'takpela, aku boleh jaga diri'


***********


Dua situasi, dua perbualan satu persamaan
seorang mengajak untuk berhibur, seorang lagi mempunyai kesedaran bahawa kedua-duanya tidak mendatangkan manfaat buat diri, baik menonton wayang atau pun bercouple dengan lelaki yang bukan suami.


atas sebab apa ya?
malu?malu kerana apa?
adakah terbit rasa malu hendak mengaku


'aku tak nak tengok wayang, sebab aku tak tahu bila aku mati, jika aku mati dekat panggung wayang macam mana?'
'aku tak nak couple sebab ia mendekatkan aku kepada zina'


atau, ada terbit rasa malu untuk insan-insan yang kita sayangi tahu akan perubahan kita?


tidak perlu ada rasa malu menyatakan kebenaran, tidak perlu malu menyatakan bahawa kita tidak mahu leka dengan hiburan kerna ia hanya melalaikan


atas sebab apa rasa malu?
dimana kemuliaan pandangan manusia disisi Tuhan?
pandangan Allah atau pandangan manusia yang perlu dititikberatkan?


kita rasa malu dengan kawan-kawan, dengan orang-orang yang kita kenal, malu nak nyatakan kita sedang cuba untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi dengan Allah?Allah ynag menciptakan kita, pernahkah terbit rasa malu, rasa insaf untuk tidak lagi mengulangi dosa-dosa lalu?


buanglah perasaan malu dalam menyatakan kebenaran
sesungguhnya kita sentiasa ada DIA yang sentiasa menguatkan 


jangan pernah gentar dengan kata-kata dan pandangan mereka
tetapi
gentarlah dengan azab Allah terhadap hamba-hambaNya yang melanggar perintahNya


~muhasabah diri kembali~

2 comments:

  1. Assalamualaikum..Salam Ukhwahfillah..menarik post ni! santai saja baca.. tapi menusuk ke qalbu.. syukran kathir atas perkongsian ni..Teruskan perjuangan!! (^_^)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    salam ukhwahfillah ya ukhti :)

    sama-sama kita berjuang dijalanNya
    syukran atas titipan semangat
    insyaAllah
    doakan ana agar terus istiqamah ya ^_^

    ReplyDelete