~kita memperhambakan diri kita kepada apa di dunia?~picture of konijntje of deviantart~ |
berhala di dalam jiwa
adakah kita sedar akannya?
memperhambakan diri selain dari Dia?
lambat menyambut seruanNya?
melakukan laranganNya?
bermaksiat kepadaNya?
tetapi...
dosa dirasa tidak mengapa
dosa dirasakan biasa
dosa dirasakan gembira
dosa dirasakan pendamping diri yang utama
berhala di dalam jiwa
memperhambakan diri selain dari DIA
terikat dengan dunia tanpa mengutamakan Dia
hak-hakNya kita lupakan, hak-hak dunia kita utamakan
dunia dijunjung tinggi, akhirat dpandang sepi
dimana janji sebagai khlifah?
dimana bukti sebagai hamba?
mari sama-sama kita renungkan...
bagaimana kita menggunakannya?
adakah sekadar untuk meluahkan perasaan dan menanti respon kawan-kawan?
adakah sekadar mahu dipandang mulia disisi manusia?
adakah sekadar mahu dikenali dan disanjung tinggi?
adakah mahu merasa bangga kerna pujian?
dimana keikhlasan hati wahai diri?
dimana ketulusan hati dalam berkongsi?
adakah masa banyak dihabiskan disini dari bersujud kepadaNya?
bandingkan..
masa-masa kita di depan laptop dan berdampingan dengan Al-Quran
masa-masa kita membaca bahan ilmiah dengan membaca majalah hiburan
masa-masa kita mendengar muzik dengan alunan zikir dan Al-Quran
masa-masa kita keluar bersama rakan dengan menghadiri majlis ilmuan
masa-masa kita di kaca TV dengan mendengar kuliah subuh di awal pagi
di mana kedudukan kita tika ini?
kepada apa kita perhambakan diri kita?
mulut bicara cinta kepadaNya
tetapi hati masih tertarik dengan dunia
mulut bicara rindu pada Rasulullah
tetapi peringatan baginda tidak diendahkan
mulut bicara mahu berusaha sampai ke syurga
tetapi amalan seharian ibarat menempah diri ke neraka
berhala di dalam jiwa
adalah rahsia empunya diri
tidak boleh dilihat atau dirasa melainkan pemilik diri
adalah rahsia diri dan Ilahi
penghubung hati dengan Ilahi
kerna orang lain tidakkan mengetahui
berhala di dalam jiwa~
adakah ada dalam diri kita?
~muhasabah diri kita kembali~
fuh..memang terasa.sama2 bermuhasabah!
ReplyDelete