Tuesday, July 12, 2011

~Ya Ilahi~

~tangisan di dalam hati, hanya Dia yang mengetahui~


pabila hati terusik
pabila hati terkesan dengan dunia
pabila hati tidak lagi sekebal dulu
ada masalah iman melanda diri
ada masalah hubungan dengan Ilahi yang telah dirimu langgari

pabila hati terasa kosong
terasa sepi
terasa tidak tenteram
tandanya dirimu ada masalah dengan TuhanMu

adakah engkau telah membelakangi TuhanMu dalam urusan harianMu
dimana engkau letak Dia dihatimu
dimana kedudukanNya padaMu

adakah diriMu selak lembaran cintaNya tiap hari?
bagaimana amalanmu saban hari wahai diri
adakah engkau beramal dengan ikhlas hanya untukNya
atau
sekadar mahu dipandang mulia oleh orang-orang yang melihatnya?

dimana hatimu tertarik kini?
di dunia yang fana atau tertarik dengan kebahgiaan di akhirat sana?

bagaimana mutabaah amal harianmu?
ada peningkatan atau ia terbiar kosong tanpa sebarang tanda?

Ya Ilahi
diri ini masih lemah dalam mujahadah yang panjang ini
diri ini masih bertatih dalam usaha menggapai redhaMu
diri ini masih tercari-cari hakikat menjadi seorang hamba kepadaMu
menjadi khalifah di muka bumiMu
menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas keranaMu
merendahkan hati sebagai hambaMu
menundukkan nafsu mendahulukan hak-hakMu dari kehendak diriku

sungguh diri ini hamba yang hina
masih tidak bersyukur dengan nikmat kurniaanMu
masih terpedaya dengan dunia
masih terleka masih alpa

Ya Ilahi
kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu
agar diri ini mampu menongkah arus jahiliyah yang semakin deras
moga diri ini akan terus kekal atas jalan kebenaran
pimpinlah diri ini kepadaMu
moga pabila tiba saat pertemuanku denganMu
adalah dalam saat pertemuan yang Engkau redhai ya Rabbi

amin.amin.amin

~mengharapkan redhaMu~

5 comments:

  1. tazkirah maghrib ana hari ini
    syukran ya aukhti ^^,
    memberikan sedikit kesedaran buat diri ini
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. salam. maaf sangat2 lambat balas komen awak. saya bz sikit mggu ni.. :)

    yang pasal menu tab tu, kalau nak letak link bloglist, awak cuma perlu copy dan paste link tu dalam new post tu.. . kalau nak pndahkan bloglist yang selalu kita letak kat sidebar tu, rasanya xbleh sebab itu terletak kat bahagian design.. kena add a gadget baru boleh. kalau kat menu tab, tak de add a gadget.

    cuba tgk ni..

    http://duniasigadisbunga.blogspot.com/p/blog-list-shara-bunga.html

    ni ek yang awak maksudkan untuk letak bloglist?? :)

    nanti apa2 komen saya balik tau :)

    ReplyDelete