tetap utuh dijalanNya, walau sukar, kekal tabah kerna dihujungnya dijanjikan syurga ~picture by PoppyMix of deviantart~ |
Mencari cintaNya
bukan semudah yang disangka
jalan yang penuh luka,jalan yang penuh tangisan
Sakit.
Itu yang akan dirasa
tidak dihampar permaidani merah sebagai pembuka jalan
tetapi disediakan duri-duri yang tajam disepanjang perjalanan
duri-duri yang mengundang rasa kecewa, geram, marah dan putus asa
Namun,
DIA sentiasa ada tiap masa, tiap waktu dan ketika
tidakkan pernah menjauh walau sedetik waktu berlalu
sentiasa mengurniakan rasa sabar dan tabah
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya
Rela disakiti, dari dibiar sepi tanpa pemerhatian dariNya
dunia terasa indah, syurga terasa masih jauh mahu menggapainya?
tidak.tidak.tidak.
syurga dihati, dunia cukup sekadar di tangan
rakus nafsu tidakkan pernah dipenuhi
sentiasa bertanding harta, pangkat dan darjat.
tetapi bukan itu yang Allah lihat
hanya ketaqwaan antara kita yang membezakan!
Di ambang maut,
hanya amalan yang berada di fikiran
bukan harta yang dikumpulkan
bukan lagu korea mana yang dihafal
bukan sejarah silam artis hiburan
ia tidak sedikitpun mampu menyelamatkan
Sedarkah kita?
boleh terjadi
kehidupan kita di alam kubur lebih lama dari kehidupan kita dunia
pernah terfikir?
Umur hidup mungkin selama 60 tahun, tetapi umur di alam kubur?
cukupkah amalan kita?
Terasa singkat hidup ini
pabila dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi
Tiada masa untuk bersuka ria
tiada masa untuk membazir masa
tiada masa untuk bergelak ketawa
Islam itu mudah
tetapi jangan sampai dipermudahkan
hukum dilanggar buat tak endah
hubungan haram tidak terasa berdosa
batas pergaulan bebas tak kira jantina
dimana bukti diri sebagai hambaNya
Mengapa masih menyombong diri pada Pencipta
kelak diri kan kembali padaNya
pengakhiran hidup yang bagaimana menjadi cita?
SYURGA atau NERAKA?
Tingkatkan amal,tingkatkan peribadi
jauhi laranganNya dan sering bertaubat kepada Ilahi
moga diri kan kembali menjadi kain putih seperti bayi
bertemu dengan Ilahi dalam keadaan harum mewangi
menanti langkah kaki ke syurga Ilahi
bertemu denganNya dan baginda Rasulullah yang dirindui
kekal bahagia buat selamanya di syurgawi
Indah.
Itulah harapan diri
bukan sekadar omongan kosong
tanpa pembuktiaan dengan amal ibadah kepada Ilahi
pembuktiaan amal hanya dengan perbuatan
bukan sekadar teori tanpa amali
insyaAllah
amin~
Menggapai redhaNya,
seisi dunia pasti kan terasa indah,
pabila DIA sentiasa dicintai
diletakkan di tempat teristimewa di hati~
No comments:
Post a Comment