berpuasa dari kehendak nafsu dan syaitan, berbuka dengan nikmat syurga tanpa sempadan ~picture by zeyats of deviantart~ |
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
berpuasa di dunia
dari melakukan perkara yang sia-sia
dari melakukan perkara yang merugikan masa
dari melakukan perkara yang Allah murka
dari melakukan perkara yang menggelapkan hati
dari melakukan perkara yang merugikan diri
berpuasa di dunia untuk kebahagiaan tika berbuka di akhirat
merasai nikmat syurga yang sarat dengan kebahagiaan
anugerah Ilahi buat hamba-hambaNya yang beriman
kemenangan hakiki buat hambaNya yang bertaqwa
bukankah ini yang kita mahukan?
kebahagiaan yang berkekalan buat selamanya
nak dibandingkan dengan nikmat dunia yang sementara ia tidak sedikit pun bernilai di sisi Allah S.W.T.
melainkan amal kebaikan kita kepada orang lain, keikhlasan kita dalam hidup di dunia
yang bernilai di sisiNya adalah TAQWA.
bukannya harta, pangkat dan darjat,
bukannya fesyen terkini, baju tercantik, muka terlicin
bukannya dengan hafalan para artis, lirik lagu dan cerita korea yang menjamin syurga kita
BUKAN.BUKAN.BUKAN.
sedarkah kita?
betapa selama ini kita lalai dalam menjadi hamba kepadaNya
kita tertarik dengan graviti dunia
kita tertarik dengan cinta dusta penuh tipu daya
kita mengabaikan seruanNya
kita mengabaikan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
di mana bukti kita dalam menjalani hidup sebagai seorang hambaNya?
tidakkah kita mahu bertemu Allah dalam keadaan Yang diredhaiNya
tidakkah kita mahu pengakhiran hidup yang baik?
tetapi..
kita tidak pernah benar-benar usaha kembali padaNya
sekejap terleka sering sambil lewa melakukan kerja
tidak pernah bersungguh keranaNya
sering berseronok bergelak ketawa di muka bumiNya
tanggungjawab sebagai khalifah di lupa
gelaran hamba pada diri di anggap biasa
masa dibiar berlalu sepi
masa yang tiada kembali
jadilah diri ini manusia yang rugi
mengabaikan masa kurniaannya
mensia-siakan tiap saat yang akan disoal kembali pabila tiba masa
wahai diri
berpuasalah tika dirimu di dunia
berbukalah dengan penuh kenikmatan di akhirat sana
jangan ikutkan graviti dunia fatamorgana
kelak terjatuh ke lembah neraka
menyesal tiada kembali di dunia
manfaatkan masa sepenuhnya sebagai hamba
jalankan tanggunjawabmu sebagai khalifah
buatlah segalanya kerana DIA bukan kerna manusia
kerna hanya Dia yang akan menilai kita di akhirat sana.
bergantung harap sepenuhnya hanya pada DIA
jangan bergantung harap pada dunia yang penuh tipu daya
berserah hanya pada DIA
jangan berserah tanpa usaha untuk memajukan diri kita
ikhlaskan niat dalam beramal keranaNya
Ya Ilahi
ku dambakan kekuatan dariMu
agar mampu untuk terus kekal bermujahadah
dan tidak hanyut dengan arus deras jahiliyah yang melemaskan jiwa
kuatkan langkahku ya Rabbi
ku ingin terus kekal atas jalan ini, jalan yang Engkau Redhai
~amin.amin.amin~
No comments:
Post a Comment