Friday, August 5, 2011

~Ramadhan kareem~

Ramadhan kareem~ moga Ramdhan kali ini lebih bermakna~

mencari cinta hati
di bulan yang mulia ini
mencari damai hati
dalam bulan Ramadhan penuh barakh ini
mencari hakikat diri sebagai hamba Ilahi
menundukkan nafsu diri setunduk-tunduknya
menyembah Ilahi

memperbaharui azam tiap hari
memperbaiki diri hari demi hari
memaksimakan masa tiap hari
moga Ramadhan kali ini tidak berlalu dengan sia-sia
moga Ramadhan kali ini tidak kan berlalu pergi begitu saja
tanpa ada sebarang perubahan
tanpa ada sebarang peningkatan

mahu diri sentiasa akrab dengan Al-Quran
bertambah kecintaan kepada Allah yang menciptakan
bertambah taqwa dan iman

Ya Rabbi
kuatkanlah langkahku dalam bulan yang mulia ini
ringankanlah tubuhku dalam beribadat hanya untukMu
bantulah diri ini dalam memperbaiki diri menjadi hamba kepadaMu
peliharalah diri ini dari jahiliyah dunia yang semakin dasyat
peliharalah diriku dari kelekaan duniawi
peliharalah diri ini dari jatuh ke lembah kehinaan

diri ini mahu hidup dengan neracaMu
diri ini mahu menggapai redhaMu
diri ini mahu sentiasa tenang dalam melayari hidup ini
buanglah segala prasangka yang ada dalam diri
buanglah segala sifat mazmumah yang masih memamah diri
peliharalah diri ini ya Ilahi

hambaMu ini hambaMu yang lemah
mudah goyah iman di dada
mudah terpesona dengan nikmat dunia
bantulah diri ini dalam melayari kehidupan sebulan bersama Ramadhan
mensucikan diri, mensucikan hati

kepadaMu ku berserah, kepadaMu ku bergantung harap
amin~amin~amin~
~Ya Rabbalalamin~

No comments:

Post a Comment