~picture by antontang of deviantart~ ~dirimu tidak pernah keseorangan wahai insan~ |
Pabila dirimu terasa jauh
seakan hilang kemanisan dalam melakukan kebaikan
langkahmu terasa berat
segalanya berkecamuk
jiwa yang tenang kembali resah gelisah
terpesona dengan arus dunia yang bergelora
selak kembali lembaran hari-harimu
bermuhsabah kembali akan kesilapan lalu tentang dirimu
'spotcheck' kembali mutabaah amalan harianmu
'spotcheck' juga dosa-dosa yang telah dirimu lakukan
tidak cukup hanya dengan itu
perlu juga merasa dan merenung diri dengan mata hatimu
jangan dikisahkan pandangan luaran
tetapi
utamakan kondisi dirimu yang paling dalam
kondisi hatimu menentukan sikap luaranmu
jika baik hatimu, baiklah sikapmu
jika sakit hatimu, buruklah sikapmu.
dalamanmu menentukan luaranmu
itulah hati
hati yang merupakan raja jasad manusiawi
tanpa hati yang baik, iman yang subur,dan akal yang berfungsi,
darimu pasti lelah dengan bisikan nafsumu
seakan-akan tiada henti
tidak pernah puas melakukan dosa
mahu lagi dan lagi
selagi nafsu tidak dipenuhi
hati jadi serba tak kena
itu bicara hati yang telah mati!
hidupkan kembali hatimu kepada Ilahi!
tundukkan nafsumu dengan nyalaan iman di hati!
pandu nafsumu menggunakan akal kurniaan Tuhan
mujahadah itu pahit tetapi ia adalah fitrah seorang insan
sentiasa mendamba kebaikan, bencikan kemungkaran
sentiasa mahu memperbaiki diri dalam menjalani kehidupan
jika hatimu resah gelisah
hubungi kedua ibu bapamu
mungkin tanpa sedar keduanya telah dirimu abaikan
tenangkan kembali hatimu dengan zikrullah
kembalikan kekuatanmu dengan beramal soleh
ringankan beban langkahmu dengan menjauhi kemungkaran
Pasti pecutan langkahmu kembali kencang
dengan harapan menggunung hanya padaNya Yang Maha Agung
menanti kepulangamu dalam redhaNya
menanti tangisan dan keinsafan dari jiwa seorang hamba
Dia sentiasa setia
kembalilah padaNya
hanya Dia yang bisa menenangkan jiwa yang bergelora
hanya Dia yang bisa menguatkan langkahmu di dunia
jika jauh, maka langkahmu pasti pincang dari landasanNya
bersabar sentiasa wahai insan
kerna Dia sentiasa tahu akan kesusahanmu,
sentiasa mendengar keluhanmu
bukannya Dia tidak sayang padamu
tetapi Dia mahu mendidikmu agar terus kuat akan ujian yang mendatang
Yakinlah akan ketentuanNya
percayalah pada Hikmah yang tersedia
ujianNya itu amat kecil berbanding hikmahNya buat kita.
Dia mahu dirimu sentiasa mengingatiNya tiap masa dan ketika
Ya Rabbi,
rindu pada KekasihMu
rindu saat kepulangan padaMu~
No comments:
Post a Comment