Monday, October 24, 2011

~Hikmah Perjalanan Kehidupan~

~picture by teaphotography~
~cintaNya membuah bahagia dan ketenangan jiwa~



assalamualaikum
alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi untuk ana menulis disini.

hari ini, ana ingin kongsikan tentang sesuatu yang berkait rapat dengan kita, iaitu rasa kasih sayang. 
Kasih sayang, cinta merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan hanya menulis atau mempamerkan, ia lebih dari itu. ia membuatkan seseorang itu terdorong untuk melakukan yang terbaik buat sesuatu yang dicintai dan disayangi.

betul atau tidak? boleh tanya diri kita sendiri.

rasa kasih dan sayang itu hadir dari Maha Kasih dan Maha Pencinta kita di muka bumi.
kita boleh lihat nikmat kurniaanNya yang tidak mampu dihitung, hatta jari-jemari yang digunakan untuk menaip di depan latop masing-masing, adakah kita masih mahu menidakkan kasih sayang Allah kepada kita?

kita tidak akan mampu menghitungnya, hanya mampu untuk mengucap syukur, tidak terbalas nikmat kurniaanNya yang tiada dikenakan cas hatta udara yang kita hirup setiap saat.

syukur ke hadratMu ya Ilahi..

tetapi, kita boleh lihat kini, manusia seakan-akan tidak nampak akan kasih sayangNya, tidak mampu lagi merasa dengan mata hati mereka. semuanya sudah terbiasa. Seakan-akan tiada lagi terasa betapa Allah itu sentiasa dekat dengan kita, sentiasa ada, tetapi manusia masa kini semakin buta dalam melihat, semakin dekat semakin kabur pandangan mata.

Satu Peristiwa...

ana ingin berkongsi satu peristiwa yang memberi kesan yang amat mendalam pada ana.

Suatu hari (macam cerita sang kancil pula), ana nak balik ke rumah ana dari universiti, alhamdulillah Allah menghadiahkan ana ahli rumah yang amat baik, sudi menghantarkan ana di komuter dan ana pun naik ktm untuk pulang ke rumah. Masa tu ana ingat lagi dah pukul 1 ana sampai di ktm, jadi ana rasa, insyaAllah sempat ana sampai rumah untuk solat zuhur memandangkan agak susah untuk solat di tempat awam kerana bawa barang berharga, seorang diri (alasan semata-mata).

Pabila ana dah hampir sampai ke rumah, ana pun ambil teksi dan duduk di tempat duduk belakang teksi untuk pergi ke ofis kakak dulu untuk ambil kereta, sebab banyak urusan yang ana nak uruskan masa tu. jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. ana masih belum solat zuhur lagi, hati resah gelisah dan berdoa moga Allah permudahkan urusan kakak ana supaya ana dapat pulang segera ke rumah dan menunaikan kewajipan ana.

alhamdulillah, dalam pukul 3.30 petang ana sampai di rumah, terus solat zuhur, terasa amat bersalah sebab melewatkan solat, sepanjang perjalanan pulang terfikir, 'kan bagus kalau solat dulu tadi, kan bagus kalau singgah surau solat dulu, tak adalah nak terkejar-kejar macam ni.' InsyaAllah ana azam pada diri ana agar akan cuba sedaya upaya untuk solat fardhu di awal waktu.

selepas ana bermain kejap dengan anak buah ana, berborak sekejap dengan mama ana yang amat disayangi, ana pun mencari dompet ana dan handhone bersiap-siap nak keluar segera menyelesaikan urusan ana. Subhanallah!

dompet ana tak ada dalam beg ana!
puas ana selongkar, keluarkan semua barang, ana cuba tenangkan diri, ana keluar dan pergi pula tengok kembali dalam kereta, tiada juga!

Allah, dugaan..sungguh perasaan ana pada masa itu tidak dapat digambar, ana terus naik ke rumah semula dan menghubungi bank untuk melaporkan kehilangan dompet ana, yang ana paling sayang tentang dompet itu adalah, ia adalah hadiah dari adik kesayangan ana sebelum dia pulang ke UK masa cuti hari itu, air mata terus mengalir laju semasa call bank.

ana kesalkan sebab itu adalah hadiah, ana teramat sayang dengan dompet itu.

semua orang mempersoalkan kecuaian ana, ya boleh dikatakan salah ana juga sebab tidak menjaga dengan baik, mulalah ana fikir mungkin ada orang yang seluk beg ana semasa ana tunggu kakak di perhentian bas.

sedih. hanya itu yang tergambar saat itu, tidak dapat memikirkan yang lain, cuba bermuhasabah diri kembali tetapi tetap sedih, seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi.

azan asar berkumandang,
perasaan ana yang berkecamuk ketika itu mula tenang dan tiba-tiba..

terdetik di hati,

mana lebih penting

solat yang engkau lewatkan itu atau dompet engkau yang hilang.
mana lebih berharga, solat yang dilewatkan itu atau dompet kau yang hilang
mana lebih bermakna, solat yang dilewatkan tanpa sebab yang kukuh atau dompet yang hilang itu?

saat itu, tika itu, tidak dapat ana gambarkan perasaan ana, betapa Allah uji ana untuk menyedarkan ana ke arah mana hati ana kini, masih mementingkan duniawi dan mengabaikan akhirat?
masih tidak takut dengan azab Allah pabila melewatkan solat, masih tidak rasa bersalah bila sudah melewatkan solat, sungguh, ana menangis sekali lagi ketika solat asar masa itu.
sepanjang menunaikan solat, ana menangis, kerna tersedar dari lena yang panjang.
betapa ana masih lalai dalam menyempurnakan kewajipan ana kepadaNya,, masih mementingkan dunia yang fana.

ana redha akan ketentuanNya, terus merancang bila masanya yang sesuai untuk membuat laporan dan sebagainya.

hati kembali tenang dan terasa amat dekat denganNya

malam kunjung tiba, saat sedang membaca novel 'Hantaran Kasih Tuhan' , ana dapat satu panggilan telefon

'assalamualaikum, boleh bercakap dengan cik ina'

'iya saya'

'cik, ada pemandu teksi pulangkan kembali dompet cik di kaunter teksi, cik boleh datang ambil ya'

Subhanallah..
ana mengucap syukur padaNya, diuji dan dipulangkan kembali dengan hati yang baru kepada Ilahi.
sujud syukur tika itu dan terus pergi bersama ibunda tercinta untuk mengambil kembali dompet yang dipulangkan kembali oleh Ilahi.

Allah Yang amat amat baik telah mendidik diri ini dengan ujian yang sangat kecil, dan hikmah yang diperoleh dari kisah ini amat-amat besar.

sungguh Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya melainkan hambaNya itu menzalimi dirinya sendiri.

bersyukur ke hadrat Ilahi,

ujian yang dihadapi,sekaligus ditemui kembali amat memberi kesan dalam hidup ana.

sedaya upaya akan ana cuba menjaga solat di awal waktu, menjaga hak-hakNya sebelum melaksanakan tanggungjawab di dunia, mengutamakan Allah dan cuba untuk tidak membelakangkan DIA dalam kehidupan.

banyak hikmah yang boleh diambil dari peristiwa yang berlaku pada ana.
setiap insan pasti akan melalui ujian hidup yang berbeza-beza bergantung kepada kemampuannya dan cubalah mencari hikmah yang boleh dipelajari dari setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ini.

Hikmah Perjalanan Kehidupan

1. jangan sesekali melewatkan solat dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk membenarkan perlakuan itu, cuba banyangkan dengan memberikan alasan-alasan tersebut dihadapan Allah nanti, adakah akan diterima?

2. Jangan sesekali terlalu meratapi atau bersedih dalam perjalanan hidup ini, sentiasa tenang dan laluinya dengan sabar, kerna yakinlah bahawa tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

3. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, barulah manusia boleh mentadbir alam dengan bijaksana. Jangan pernah merungut atau mempersoalkan setiap perkara yang sudah berlaku, kerna ia adalah takdir terbaik Allah buat diri kita pada masa itu.

insyaAllah
amin~

3 comments:

  1. Fisrt yer. kita tak boleh lewat2kan solat. Nabi bersabda solat yang paling afdhal solat di awal waktu...second nenek kagum cara enta redha dengan ujian yang melanda... ALLAH tidak akan turunkan ujian yang membebani hambaNYA, hanya cara kita menanganiNYA... Nenek dulu pon pernah hilang dompet tau... dulu nenek balik kelas dari Uitm pastu nenek punya motor pancit.. gantilah tayar dalam RM 30 time tuh... pastuh kan.. wallet hilang hehehe. redha jer dah lah time pose.. bukak pose pon belum.. pastuh diam kan diri... tup2 dalam beberapa minit ada orang call kata amik kat umah dier wallet... yuhhuuuuuu... bukak pose umah makcik tuh..... sama jer kan citer

    ReplyDelete
  2. jazakallah nenek atas perkongsiannya

    insyaAllah akan cuba menjadi lebih peka dengan masa dan mendahulukan DIA dalam semua perkara
    doakan diri ana mampu untuk terus istiqamah
    insyaAllah
    amin~

    ReplyDelete