~teruskan langkah dalam menggapi cahayaNya~ |
sakitnya pabila perasaan teruji
sakitnya rasa hati pabila disimbahi rasa terikat rantai duniawi
pedihnya hati pabila sering tewas dalam mujahadah dan di amuk perasaan yang tak pernah sudah
lukanya makin membarah pabila nyalaan iman semakin lama semakin malap ditelan arus dunia
pabila terasa diri seakan tidak berguna lagi
pabila merasa seakan diri dikhianati
pabila merasa pedih tidak disayangi dan diperhati
sedarlah wahai diri
dirimu telah terlalu jauh dari Ilahi
semakin hari dirantai dengan ketat oleh tarikan duniawi
semakin hari semakin terpesona dengan indah fatarmorgana
semakin mudah hati terasa dan kecewa dengan ragam manusia
semakin terbiasa dengan noda dosa tanpa rasa bersalah
sering bermaksiat kepadaNya
Allah..
diri ini masih meniti jalan penuh duri
telah tertanam di hati bahawa ia bukan sesuatu yang mudah
tetapi masih mudah terkesan dengan hamburan kenikmatan duniawi yang merosakkan diri
mengapa..mengapa wahai jasad
mengapa begitu mudah dirimu ingkar akan suruhanNya
begitu mudah jatuh ke lembah hina
sudah diketahui dosa akan mengheret dirimu ke nerakaNya
dibakar dan dicuci sebersihnya
tetapi mengapa seperti tiada gerun dijiwa?
adakah dirimu mengaggap ia adalah biasa?
di mana hati yang sarat cinta padaNya?
adakah terkubur layu di pentas dunia?
sudah mati ditelan maksiat kepadaNya?
dirimu ada kesedaran
mengapa begitu sukar disusuli amal perbuatan?
mengapa tidak segera meninggalkan dosa-dosa yang menjauhkan dirimu dari Tuhan?
mengapa masih bermalas-malasan pabila hendak bertaubat pada DIA yang menciptakan?
mati yang semakin hari semakin menghampiri
Allah yang tiap saat dan ketika sentiasa memerhati
dirimu berbuat endah tidak endah akan amaran Ilahi?
dirimu adalah hamba Ilahi!
mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi!
mengapa begitu sukar
usrah telah dirimu ikuti
ceramah saban hari dirimu dengar dan dalami
masalah yang datang adalah halangan yang ada dalam dirimu
hatimu yang sakit
jangan menuding jari pada sesuatu yang lain wahai diri!
semak kembali iman di hati
perbaiki tahap taqwamu kepada Ilahi
hanya DIA memahami segala rahsia hati
hanya DIA mengetahui gelodak jiwa sanubari
Ya Rabbi
pimpinlah hambaMu yang hina ini
dalam melalui liku-liku hidup yang penuh onak duri
tidak pernah meminta agar dipermudahkan jalan yang dilalui kini
berikanlah sekeping hati yan sentiasa tabah dan redha dalam melalui kehidupan yang penuh ranjau ini
Ya Rabbi
jangan sesekali melepaskan diriku dari jagaanMu
jangan sesekali membiarkan diriku hanyut dengan pesona duniawi
jangan sesekali membiarkan ku keseorangan dalam melalui kehidupan ini
pimpinlah diri ini ya Ilahi
kurniakanlah taufiq dan hidayahMu sebagai penyuluh hidup di muka bumi
hambaMu hanya seorang hamba yang hina
kadang kala tumbang dengan godaan nafsu dunia
kadang kala mengikut bisikan syaitan durjana
kadang kala lelah dalam melangkah menyusun iman dan taqwa
Ya Allah
betapa lemahnya hambaMu tanpa kasih sayangMu
hadirkanlah rasa keinsafan dan kuatkanlah langkahku dalam usaha menghampiriMu
sungguh tanpaMu aku hanya seorang yang hina di dunia
bantulah hambaMu ini agar diriku sentiasa kuat untuk terus berusaha menghampiriMu
luahan hati yang kadang kala menjengah
menyesakkan dada dan menghimpit pemikiran manusia
terasa sakit rebah dalam melangkah
kacau bilau pabila rentak hidup tidak dipandu iman dan taqwa
kembalilah padaNya
nescaya akan kembalilah sinar cahaya ketenangan jiwa yang didamba
hanya DIA ada penawarnya
hanya DIA.
bangkitlah dengan rasa sedar seorang hamba
berfikirlah dengan jiwa seorang khalifah
moga hatimu kan terus subur dengan nur iman dan cahaya keikhlasan
tanpa sekelumit rasa riak dan bangga dengan Tuhan
perbaiki dirimu
perbaiki rentak langkahmu
ingat kembali tujuan hidupmu
bina kembali kekuatanmu
ketahuilah wahai diri
Allah sentiasa disisimu saban waktu
teruskan langkahmu
kerna DIA tahu tiap apa yang dirimu tempuh
binalah keyakinan yang utuh padaNya
kerna pasti dirimu tidak akan pernah dihimpit rasa kecewa
insyaAllah
amin~
No comments:
Post a Comment