Monday, February 6, 2012

~Bukan yang terbaik~

~I am not the best on earth but I am trying to work hard to be the best~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Diri ini ingin membuat satu pengakuan. Diriku bukanlah yang terbaik pabila memberikan nasihat atau menulis kata-kata hikmah. Kerna hakikatnya ia adalah satu peringatan buat saya yang mudah tergelincir dari jalan-Nya. 


Ada sesetengah orang yang memberikan tanggapan:


'wah, bagusnya dia ni penuh dengan kata-kata nasihat je, mesti minah alim ni.'
'ala dia tu kau kata baik? alam maya boleh la, kat luar hancur beb!'
'setakat tulis-tulis macam tu, sikit pun aku tak heran. Semua orang boleh tulis'


Apa pendapat kalian pabila membaca atau mendengar kata-kata seperti ini?
Akan mulalah monolog dalaman, 'ala, macam dia tu baik sangat.' 


Bila kita mula memberi tanggapan negatif pada orang, ketahuilah insan lain juga akan memberi tanggapan yang sama pada anda. Saat bermulanya rasa diri lebih baik dari insan lain, saat itu bermulalah juga maruah diri jatuh ke lembah yang hina. 


Bukankah hanya taqwa yang membezakan kita di sisi Allah? Jadi mana satu yang penting? Nilaian Allah atau nilaian manusia? Iya, tak saya nafikan, manusia lebih mudah percaya dengan apa yang matanya lihat. Rumah besar, tanda berjaya, anak ramai, tanda bahagia. tersenyum gembira bersama keluarga tanda dirinya telah mempunyai segalanya, tetapi adilnya Allah dalam menilai manusia, rahsia hati hanya di antara individu dan Pencipta, tmenjadi rahsia hanya pada DIA, lantas apa yang Allah kata baik itulah yang baik, apa yang Allah kata tak baik itulah yang tak baik. Allah menilai pada hati, atas sebab itu insan yang mempunyai hati yang bersih akan mempunyai akhlak yang terbaik.


Pabila diri atau sesiapa saja yang menulis perkara yang baik-baik di alam maya ini, Ia bukanlah bermakna diri tu baik tetapi ia lebih kepada peringatan buat diri sendiri dan juga buat insan-insan yang membacanya. Tidak sedikit pun terdetik di hati ini nak menunjukkan diri lebih baik dari orang lain. Kerna kita semua sama, kita adalah manusia yang diciptakan Allah, bersifat lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak pernah mengharapkan kesempurnaan tetapi lebih kepada mengharap untuk berusaha menghampiri kesempurnaan.


Di mana-mana kita akan terjumpa dengan pepatah begini
Jangan lihat siapa yang beri nasihat tetapi lihatlah pada nasihat yang diberi
Jangan melihat siapa yang menegur tetapi lihatlah pada apa yang ditegur.


Jika ada seorang mat rempit dekat kedai kopi dengar azan maghrib, dia tengah siap-siap lah bangun nak pergi solat,
lepas tu dia pun buat pengumuman ' korang taknah g masjid ke? dah maghrib dah ni'
agak-agak la, apa respon orang kedai? 'ala, mat rempit, kecoh nak solat, tak yah sibuk aa.'


betul ke salah? Tak kisah siapa yang berkata-kata tetapi dengarlah apa yang diperkatakan. Orang kita memang suka pandang negatif dulu, kononnya diri tak layak nak tegur siapa-siapa sebab rasa diri tu lebih baik.


Kesimpulannya,


Diri saya ini bukanlah yang terbaik, tetapi sedang cuba untuk menjadi baik. Cuba kita koreksi diri kita semula, ditakuk mana kita berdiri kini?
Kita bukan penghukum, kita adalah pembimbing
Jadi sentiasa buang yang keruh ambil yang jernih, Buat baik berkali-kali, buat jahat jangan sekali.




Yang menilai kita hanya Allah maka segala kata-kata manusia itu anggaplah ia sebagai satu motivasi buat diri.


Diri ku akui
aku bukanlah yang terbaik
tetapi jangan sampai di caci maki
kerna aku juga mempunyai sekeping hati kurniaan Ilahi.

Diri ku bukan yang terbaik
masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki
Bimbinglah daku ke syurgawi
Moga kita kan bersama bahagia hingga ke akhirnya nanti.

tidak akan pernah berputus asa
walau terpaksa bersusah payah
aku akan terus melangkah
hingga ke akhir nafasku di dunia

InsyaAllah
~Amin~

No comments:

Post a Comment