Sunday, February 5, 2012

~Membisu, aku kelu~

~mencari kekuatan diri yang hilang~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh


Kepada para pembaca budiman, kepada semua yang berehat di teratak ini, moga Allah S.W.T merahmati kalian, insyaAllah amin.
maafkan diri yang sudah lama tidak menjenguk memperbaharui tatapan terbaru di teratak ini.


Post pertama bagi tahun 2012, setelah lama menyepikan diri sekali lagi, setelah sekian lama berhenti menulis artikel, berhenti menulis bicara kata, sungguh terasa canggung untuk memulakannya kembali


Penyepian diri, bukanlah kerana suka-suka, tetapi ingin melarikan diri, menyembunyikan diri, mencari kekuatan diri. sungguh diri ini hanya seorang hamba yang lemah, kadang kala larut juga dengan keindahan dunia yang fana.


Hari ini saya dah deactivate akaun muka buku. Terasa lapang, sebab apa? seakan-akan diri ini terikat pula dengan dunia itu. Terikat bukan pada benda-benda yang tidak baik, tetapi terlalu banyak ungkapan-ungkapan yang baik, mengingatkan diri kembali kepadaNya, update-update Islamik dari sahabat fb yang pelbagai, sungguh bukan mudah sebenarnya. Menjawab soalan-soalan yang diberi, terasa seperti terikat dengan dunia fb. Setelah sekian lama akhirnya membuat keputusan untuk deactivate. 


Perlu kembali mencari kekuatan kawalan diri. Seakan-akan, tanpa sedar kawalan diri itu semakin hilang, ibarat sering saja terikut-ikut apa yang perlu dilalui tanpa perlu menetukan satu apa pun. Hidup hanya sekadar hidup bukan untuk hidup dengan mencari erti hidup.


Maka post pertama ini adalah satu mukadimah bagi sebuah perjalanan baru tahun 2012.
Perjalanan hidup yang menjanjikan kebahagiaan diiringi tangisan ujian. Silih berganti, berhari-hari ada turun naiknya tanpa henti.


Maka para pembaca budiman,


Ketahuilah bahawa kekuatan yang dicari itu perlu dibina, perlu dicari, perlu difahami untuk menterjemahkan ia dengan amal yang ikhlas kepada-Nya. Ia bukan sesuatu yang mudah, kerna tanpa kefahaman yang mantap, sekejap saja kita akan mampu buat dan selepas beberapa hari, semangat semakin merudum jatuh, hidup hanya sekadar hidup memenuhi tuntutan yang telah ditetapkan. tiada langsung keinginan untuk memperbaharui kehidupan yang dikecapi kini.


Sepi diriku
Mencari kekuatan ku
Sebagai hamba-Mu
Moga ketaatanku
Kan mampu diterjemah dengan amal kepada-Mu

amin.




Salam Maulidur Rasul~

No comments:

Post a Comment