Smile through out the day because it will keep you going! |
Bismillahhirahmannirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang,
Saya mulakan perkongsian pertama tentang produktif muslim.
Definition of Productivity
Pabila pertama kali saya mendengar tentang seminar ini, Productive Muslim, maksudnya seperti, menyusun masa yang sibuk agar menjadi seorang yang lebih produktif!
menjadi seorang yang tidak tenggelam dalam kesibukan dunianya sendiri!
menjadi seorang yang dapat menyiapkan banyak kerja dalam masa yang singkat!
Itulah definisi saya tentang produktif, short cut untuk siap kerja cepat dan hebat! bolehkah? ^^.
Apa pula definisi produktif pada kalian yang membaca? semestinya kalian juga mempunyai definisi sendiri tentang produktiviti.
Productivity = Focus + Energy (towards a beneficial goal)
Hanya dua elemen menjelaskan maksud sebenar produktiviti beserta dengan matlamat yang membawa kepada kebaikan.
Jika seseorang itu bermain game, menang hingga level tertinggi adakah dia seorang yang produktif?
Jika seorang pereka fesyen, berjaya dalam kerjayanya dengan rekaan yang menjolok mata adakah dia seorang yang produktif?
seorang pekerja pejabat, dapat menyiapkan tugasannya dengan baik, tetapi setelah balik ke rumah dia tidak mempunyai masa untuk membersihkan dirinya dan membiarkan rumah bersepah, adakah itu dinamakan produktif?
Bagaimana pula pendapat anda tentang individu ini?
Dia seorang doktor yang sibuk di hospital, tetapi kelihatan ceria dalam merawat pesakit, mempunyai susun atur rumah yang kemas, sentiasa meluangkan masa dengan keluarga, jadual hidupnya sentiasa tersusun setaip masa. Adakah dia seorang yang produktif?
Produktiviti adalah gabungan fokus dan energi serta mempunyai matlamat yang baik dalam kehidupannya.
Ia bukanlah hidup sekadar bersuka ria, buat ikut apa yang di suka, tetapi sentiasa bermatlamatkan apa yang Allah suka. Itu adalah matlamat hidup seorang muslim yang produktif.
Why is it important for you to be Productive?
Kenapalah kita kena pening-pening fikir nak jadi seorang yang produktif? Tak boleh ke hidup macam sekarang ni? rileks, enjoy, lepak, tengok wayang, keluar malam.
Kenapa tiba-tiba nak kena jadi produktif??
Why? why? why?
Sebab kita adalah hamba Allah.
mudah.
Sebab kita adalah hamba, maka tidak mempunyai hak untuk hidup dengan melanggar perintah dari Allah yang menciptakan kita.
'Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.' (Al-Baqarah:21)
Siapa kita nak cakap 'Suka hati akulah nak buat apa pun, ada aku kacau kau?'
Siapa kita ni?
Kita adalah hamba Allah, dan atas sebab apa Allah ciptakan kita di muka bumi?
Untuk beribadah kepada Allah. Adakah beribadah itu sekadar saat dahi tunduk sujud ke sejadah?
TIDAK!
Seluruh kehidupan ini perlu kita cantumkan dan rangkumkan ia menjadi satu ibadah kepada Allah.
Nak keluar rumah? Sebab nak cari ilmu mengenal Allah,
Nak pergi shopping? Sebab nak kumpul koleksi pakaian yang menutup aurat mengikut perintah Allah.
Nak pergi berkelah? Sebab nak berada dekat dengan alam ciptaan Allah.
Tiap apa yang kita lakukan jika kita melakukannya kerana Allah ia adalah satu ibadah.
Ini adalah jalan Para Rasul, jalan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat, jalan yang memberi erti dalam kehidupan dan ia akan membuat Rasulullah bangga dengan kita di akhirat nanti.
Tidakkah kita mahu menjadi umat Nabi Muhammad yang memberikan senyuman di sana nanti?
Mari sama-sama kita fikirkan..
How to be Productive?
Macam mana nak berubah, ingat senang ke, dah biasa buat jahat tiba-tiba nak jadi baik? Dah biasa rileks tiba-tiba nak kena busy?
Semua elemen yang diperlukan untuk menjadi produktif ada dalam Surah Al Asr.
3 elemen.
Cuba teka dan cari dulu :)
InsyaAllah post selepas ini akan saya kongsikan 3 elemen tersebut dan ia pasti menjadi lebih menarik dalam pengembaraan kita mencari kekuatan menjadi seorang muslim yang produktif!
Special notes...
Step by step towards becoming one of the best productive muslim.
I am not the best but I will share with all readers step by step on becoming productive Muslim.
Its true it just a 2 days seminar but sharing it here in my blog is going to be more than 2 post!
May Allah give me strength and the ability to remain consistent in writing it here.
I don't want to be just a student who knows everything but keep it to myself but I want to be a teacher that can share everything that I know so that everyone will understand and be productive too.
Jump out from my comfort zone.
Please pray for me and wait for the next entry! :)
Ya Allah, help me serve my ummah.
amin~
No comments:
Post a Comment