~picture by vintageFan of deviantart~ ~sedang berusaha yang terbaik untuk bangkit berdiri, doakan ya~ |
Tanpa sedar, rupa-rupanya sakit yang ditanggung ini memakan diri,
ingat sakit yang hanya biasa-biasa, bisa terubat sekelip mata.
tak sangka ia akan seteruk ini,
hinggakan hilang kawalan diri, tak kesah apa yang terjadi, dan membiarkan kehidupan seolah-olah tiada erti.
janji tinggal janji, harapan menjunam ke bumi, semuanya kembali sepi, seperti di garisan permulaan kembali.
ramai yang tidak mengetahui apa yang terjadi, tertanya-tanya apa yang terjadi,
maafkan diri wahai sahabat dan juga teman,
pengasingan diriku bersebab, diamku kerna belum masa untuk bersuara,
bimbang ia hanya akan memudaratkan diri ini lebih lagi,
hanya keluarga yang benar-benar mengetahui apa yang terjadi
bukan niat diri mahu membisu kelu tanpa suara
tetapi segala kata hati tidak mampu terluah di bibir mahupun di alam nyata
tersimpan rapi, terkunci rapat dalam diri.
doakan kesihatan ina ya,
moga segala yang dialami kini akan cepat berlalu pergi.
moga yang berada dalam diri ini keluar dengan rela hati
moga jasad kan kembali menjadi hak diri, amanah Ilahi.
yakin.
akan semua yang terjadi pasti terselit hikmah yang besar.
walau lambat, moga destinasi akhir yang dituju tetap sama hingga ke syurga.
doakan ya.
amin~
dah lame tak jumpe. hehe.. rindu pulak rasenya.. get well soon. insyallah semuanya ade hikmah. :-)
ReplyDeletedah lame tak jumpe. hehe.. rindu pulak rasenya.. get well soon. insyallah semuanya ade hikmah. :-)
ReplyDelete