Friday, July 6, 2012

~Berharap padaMu ya Rabbi~

Source: facebook
harapan itu terus subur selagi iman subur di hati



Assalamualaikum buat semua pembaca yang melawat ke laman ini,
moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah tiap masa dan ketika insyaAllah.

setelah berbulan-bulan menyepi, bertarung demi menyelamatkan diri dari segala mehnah dunia,

hari ini, tika ini, setelah berbulan-bulan terkurung dalam sangkar duniawi, baru terasa bernyawa dan mampu menggunakan akal kurniaan Ilahi.

alhamdulillah.

hari-hari yang berlalu, adalah tempoh paling sukar dalam mengharungi ujian dari Ilahi, alhamdulillah diri semakin pulih kini, mendapat kekuatan kembali, mampu untuk menulis kembali.

syukur alhamdulillah dikelilingi keluarga yang amat mengambil berat akan diri ini, sahabat handai yang tidak pernah putus mendoakan diri ini.

syukur alhamdulillah, segalanya bakal berakhir sikit masa lagi.

pabila merasa diri semakin pulih, ingin rasanya berkongsi sesuatu di sini.

sememangnya pabila kita teruji, kita seolah-olah terperangkap dalam dunia kita sendiri, dunia luar amat menggerunkan, seakan-akan kawan itu lawan, keluarga itu musuh, dunia hanya dipenuhi dengan rasa takut yang tidak dapat digambarkan.

terasa semuanya serba tak kena, seakan diri tidak mampu untuk berdepan dengan apa-apa, tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

bingung, kelu lidah tak mampu bersuara hatta untuk menerangkan apa yang benar-benar terjadi pada diri.

pada saat itu, tika itu sememangnya terasa pergantungan yang paling utuh hanya pada Ilahi, tika itu hanya Allah yang memahami apa yang terjadi tanpa perlu diterangkan kerna DIA sentiasa mengetahui.

maka keakraban hubungan hamba dengan Tuhannya menjadi semakin erat, didakap erat tanpa mahu dilepaskan,

kini segala-galanya semakin baik, tempoh ujian itu berbaki sedikit saja lagi, tidak seteruk waktu lalu ketika diri amat-amat lemah.

Puisi Hati

Ya Ilahi,
Engkau menguji kerna Engkau tahu akan kemampuan diri
Engkau uji kerna Engkau mahu diri ini terus tabah menempuh onak duri
Engkau uji kerna tidak mahu diri ini terleka dengan duniawi
Engkau uji kerna Engkau kasih dan sayang pada hambaMu ini

Ya Rabbi,
tiada daya upaya diriku melainkan dengan pertolonganMu
tiada daya ku melepaskan diri menempuh realiti tanpaMu di sisi
tiada daya ku meneruskan perjuangan tanpaMu
tiada daya ku berjalan sebagai hambaMu tanpa taufiq dan hidayahMu

kernaMu,
diri ini makin pulih,
kerna kasih sayangMu,
diri ini semakin kuat
kerna didikanMu
diri ini semakin kenal erti kehidupan

ya Ilahi
realiti itu pahit
seakan tidak mampu untuk meneruskan perjuangan
segala tomahan, ketidak fahaman, fitnah dari mereka itu,
membuatku lemah tak bermaya untuk terus melangkah ke arah kejayaan

betapa rapuh diri ini tanpaMu
betapa diri ini kerdil disisiMu
betapa diri ini hina disisiMu
sering berdosa dan masih mengharap pertolonganMu

kepada siapa harus ku meminta selain padaMu ya Rabbi
hanya Engkau mengetahui dan mendengar segala luahan hati.

kerna hakikatnya 
hanya Engkau yang benar-benar memahami akan apa yang dilalui kini.

ya Ilahi,
kuatkan hambaMu ini
keluarkanlah hambaMu ini dari rantai besi yang mengikat diri
bebaskan hambaMu dari cengkaman musuhMu
lindungilah hambaMu ini dari sebarang mara bahaya di dunia dan akhirat sana

ku merayu penuh rindu
hidupkan kembali hatiku hanya untukMu
ringankan kembali jasadku ini untuk beribadat kepadaMu
patahkan langkahku andai ingin bermaksiat kepadaMu
lindungilah diriku dari cengkaman musuhMu

Harapan...

wahai para pembaca budiman
kita ini sememangnya disaluti noda dosa
tiap langkah di kiri dan kanan diwarnai dosa seakan menjadi biasa
tetapi usah lupa akan pintu taubat yang sentiasa terbuka
memanggil dan menyeru untuk menyelamatkan kita tiap masa
sehingga dirindu syurga
kampung abadi kita di sana

putus asa bukan caranya
perlu sentiasa usaha semampu daya.

pimpinlah kami ya Ilahi atas jalan yang Engkau redhai

katakan amin wahai hamba Allah...

amin~

2 comments:

  1. tanya soalan.

    kalau nak menulis mesti kena baca baca dan baca. Baru nak "feel" nak menulis. Selalu baca apa? buku atau blog? penulisan yang terbaik senang kata.

    ReplyDelete
  2. huhu meresap ke hati. slm ukhwah,slm ziarah!=)

    ReplyDelete