Tuesday, May 24, 2011

~if...~

~running away is not an option~ picture by peace-love-tea of deviantart~

to learn from mistakes
it is not easy
you do know it is wrong but yet you still love doing it
you will only regret and feel sorry for yourself once you feel...

'if I do it earlier, I can do better'
'if I study hard, I will get great result'
'if I really do my best, if I really focus, I can do better'
if I'm not playing, I will achieve better result'

but

Every time it happens,
the best that you can say will be sentences starting with the word 'if...'
endless 'if', and it will continuously, repeatedly being use when the time comes for you to:
submit assignments
take examination
failure of getting good result
break up with someone
feel hopeless
regret of wasting time

then..
you will try to change
you said to yourself that you will work harder, be more focus, appreciate time and you promise to yourself that you will try to change to be a better person.

but...
as time pass by, you will tend to forget about your own promises to yourself
then, you will have to face the situation back and end up with the word 'if' again.

As a mukmin, you will not do the same mistakes repeatedly over and over again.
you will learn from it and you will not allow yourself to do the same mistakes again.
you will work hard, you will feel ashame of what you have done.
your duty as a Allah servant.

what have you achieve?
is it enough? everything that you do?
what is your achievement?
are you ready to stand in front of Allah and tell everything that you have done?
is this the best that you can do as His servant?
is this the way you repay back everything that Allah gave you?
is this the best that you can do?
by doing everything that you do now, do you believe it will make you be in Jannah
or 
you end up in hell fire? nauzubillah.

please,please, and please...
learn form mistakes, don't ever repeat it over and over again
you are a great person, a great khalifah
it is just, 
you don't use your full potential.

check back your iman
check back everything about yourself
work hard and never ever give up.
rely to Allah.believe in Allah. 
because HE always knows what best for you.
HE will never ever leave you
HE will always be beside you

so,
what are you waiting for?
start to change!
plan ahead and work hard!

consistency is hard to achieve
but once you can control it,
there will be nothing that can stop you to achieve your dream

~a reminder to myself~

insyaAllah
amin~



Saturday, May 21, 2011

~musafir di muka bumi~




kekuatan diri
kekuatan diri datangnya dari Ilahi
tanpa pergantungan yang benar-benar utuh
diri akan mudah jatuh kembali
jatuh sejatuh-jatuhnya hingga sukar untuk bangkit berdiri


pembumiaan iman dengan amal bukan hanya bicara kata atau nukilan isi hati
menuntut semangat, kesungguhan serta usaha yang berterusan dari diri sendiri
tanpa usaha, tanpa semangat, tanpa kesungguhan, semuanya akan menjadi sia-sia.
tidak akan ada pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai umat Islam.
tidakkah ada rasa tanggungjawab untuk memajukan diri setapak lagi?


diri ini hanya seorang insan biasa
yang sering terjatuh dalam melangkah. sering alpa dengan dunia, masih leka membuang masa.
mencari kekuatan diri untuk menggerakkan diri agar terus melangkah menuju perjalanan abadi.
kadangkala jatuh tersungkur, sukar untuk bangkit kembali. kadangkala dipukul dengan kata dusta, caci nista.
kadangkala kecewa melihat diri yang hanya sekadar tahu tetapi tidak mampu untuk merealisasikan ke alam nyata.kadangkala hanya sekadar lihat tanpa berbuat apa-apa.


sungguh. sungguh diri ini masih lemah, teramat lemah dalam menggapai mardhatillah.
kuat satu sisi, lemah satu sisi yang lain, belum mampu menyeimbangkan diri dan menggarap kekekuatan dari Ilahi. belum benar-benar mampu menjadi seorang duta Islam yang boleh menaikkan imej Islam itu sendiri. masih lagi merangkak. masih lagi bertatih. masih lagi lemah. kemampuan menutup aurat, tetapi masih lagi lemah dalam pelajaran, kemampuan menjada adab sopan, tetapi masih lagi lemah dalam mencari kekuatan diri. mampu menasihati tetapi kadang kala diri ini hanyut dengan perasaan sendiri~


pabila timbul kesedaran, rasa sayang nak tinggalkan, pabila timbul kefahaman, rasa sayang hendak berubah, pabila timbul kekuatan, masih ada sifat tangguh untuk mulakan perubahan. pabila ada seruan, diri ini hanya abaikan . sungguh, masih jauh perjalanan, untuk merasai kemanisan iman. diri ini tahu tetapi kadangkala buat-buat tak tahu. masih dalam peringkat memaksa diri.masih dalam peringkat membiasakan diri. moga suatu hari nanti, menjadi rutin harian yang ikhlas dari hati.






Ya Ilahi
Engkau kurniakan diri ini hidayahMu agar kembali ke pangkuanMu,
Ya Ilahi, kurniakan diri ini kekuatan dalam meneruskan langkah menghampiriMu
sungguh diri ini amat lemah dalam mujahadah menentang arus dunia yang semakin deras melemaskanku
sungguh diri ini hambaMu yang hina, masih lagi tidak menghargai nikmat kurniaanMu
sungguh diri ini masih belajar ya Ilahi, belajar untuk mencintaiMu melebihi segala makhluk ciptaanMu
diri ini masih berusaha, belum benar-benar utuh kekuatan dalam perjalanan mencari redhaMu


ya Ilahi, 
jangan Engkau tarik, nikmat iman dan kefahaman yang telah Engkau berikan padaku,
kuatkan aku dalam perjalanan ini Ya Allah.
hanya kepadaMu ku bergantung harap.
hanya Engkau Maha Mengetahui segala kekuatan dan kelemahan diri.
bantulah diriku ya Ilahi, dalam usaha menjadi hamba yang taat padaMu
kurniakan ku pertolongan dari kalangan hambaMu yang dapat menguatkan diriku
pertemukan diriku dengan sahabat-sahabt solehah yang boleh dijadikan contoh ikutan di muka bumiMu
kepadaMu ku bermohon, kepadaMu ku berserah, kepadaMu ku memohon pertolongan.


ya Ilahi..
bantulah hambaMu ini
amin~

Thursday, May 19, 2011

~Istiqomah~




ISTIQOMAH 


satu perkataan yang membawa seribu perubahan jika dilakukan secara berterusan walau sedikit tetapi hasilnya amat mengagumkan.
dari permulaan sehelai muka surat pembacaan, jika diteruskan selama seminggu?
dari menulis satu perenggan, jika diteruskan selama satu jam?


begitulah jua kita dalam usaha untuk istiqamah dalam bermujahadah di dunia
melawan nafsu serakah, menentang kehendak diri, menentang hasutan duniawi. ia bukan sesuatu yang mudah.
tanpa pergantungan yang utuh kepada Ilah, kita boleh jatuh ke lembah neraka.
tanpa kita sedar diri kita semakin lama semakin berat untuk melakukan kebaikan, semakin berat untuk berqiamullail, semakin berat untuk bersolat. 
semuanya tidak berlaku secara mendadak, tetapi berlaku dalam keadaan yang kita sendiri tidak sedar bahawa prestasi kita semakin lama semakin jatuh, bila kesedaran itu timbul, diri ibarat berada di garisan permulaan semula. semuanya terasa sukar. semuanya terasa malas.
kecewa, geram, dan persoalan yang sering timbul dalam diri:


'aku tahu tak boleh tapi kenapa aku buat?'
'aku tahu Allah mesti tak suka kalau aku tak jaga aurat tapi kenapa aku buat?'
'aku tahu percampuran dengan lelaki tanpa urusan yang penting adalah haram, tapi kenapa aku buat???'


KESEDARAN


tanpa kita sedar, terbit kesedaran dalam hati bahawa perbuatan-perbuatan yang kita lakukan seperti, tidak menutup aurat dengan sempurna, bergaul bebas dengan lelaki, berhabis masa di fb hingga terabai segala urusan tetapi yang menjadi masalah adalah ketika kita ingin memulakan langkah perubahan.
langkah pertama, kedua dan seterusnya hingga ke akhir hayat. langkah pertama itu selalunya bukan mudah, sering tertangguh, sering terbit rasa untuk berpatah balik. bukan satu perkara yang mudah.
langkah pertama itu penuh dugaan, terasa payah, terasa berat, terasa susah walau sekadar cuba ubah untuk sentiasa solat di awal waktu!teramat susah dari mengarang mesej berjela-jela di fb.


BERAMAL


kesedaran yang hadir di lubuk hati jika tidak diringi dengan amalan kebaikan sebagai pembuktiaan iman ia akan lama-lama terhakis dengan kehendak nafsu dan ajakan syaitan. jadi apa yang perlu dilakukan adalah jangan bertangguh untuk berubah menjadi lebih baik! teruskan pencarian diri, tingkatkan diri, tingkatkan akhlak diri, moga di akhir perjalanan kita nanti, kebahagiaan abadi yang kita perolehi
insyaAllah 
amin~


mujahadah itu pahit dipermulaan
manis dipenghujung jalanan
sukar dipermulaan
indah di akhir perhentian


jatuh, bangun, jatuh dan bangkit kembali
jangan pernah berputus asa walau terasa berat walau terasa susah
tetap teruskan langkah


Allah ada
yakinlah akan bantuanNya
DIA sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.


moga kita kan terus kekal
dalam usaha melawan nafsu dan hasutan syaitan
amin~



Sunday, May 8, 2011

~my love~



I call her 'mama'
she's the one who giving birth to me
Alimah binti Abdullah

I really love her
the way she love all her kids
the way she raise us
the way she smile
everything about her, makes me proud.

she's so strong
keep on living despite all the things that happen around her
whether I hurt her, disappointed her
she's always there
always with me, always help me, always support me

I really proud of her.
I want to be like my mom
so strong and never ever give up in life no matter what happen

I want to be and stay with her in Jannah
may Allah bless my mom
may Alla guide us all the way there

to my beloved mom
I love you so much
Only Allah knows how much I love you and want to be with you forever in Jannah
may Allah guide us all the way there.
I'm going to improve myself mama
I'm going to make you happy
this is my promise to you.

insyaAllah
amin.

Monday, May 2, 2011

Hero dan Takdir - Hilal Asyraf




HERO


novel hero adalah novel ke 4 Hilal Asyraf yang ana baca selain Sinergi, VT, dan Terasing. sememangnya tidak mengecewakan. membelinya di KLIBF sememangnya dinanti sejak ada di website langitIlahi lagi. 
tapi tahan diri untuk baca! sebab takut ternanti-nanti.hihi.


novel Hero ni mengandungi lebih keistimewaan berbanding hero2 yang dah wujud di malaysia atau dunia barat sebab apa? sebab pengisian di dalamnya membawa diri kembali kepada Ilahi, ana belum pernah lagi baca novel superhero macam novel HERO. bukan sekadar membanteras jenyah tetapi lebih kepada menyelamatkan ummah dari Jahiliyah! sungguh terkesan dengan penceritaan dari awal hingga akhir, ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. 


ketabahan seorang isteri solehah dalam mendidik seorang suami yang tidak mempunyai fikrah Islam dan yang paling penting sekali adalah kita akan dapat maanfaat dengan corak penceritaan yang santai, betapa penting pergantungan yang utuh kepada Ilahi.


satu penulisan yang amat mantap bagi ana. 10 bintang! hee~
moga dapat juga mengaplikasikannya pula selepas ini.
mujahada itu sukar tetapi itulah satu-satunya jalan untuk kita menggapai syurganya.







TAKDIR


alhamdulillah merupakan novel yang ke-5. novel yang paling ana suka selepas sinergi! sememangnya terbaik!penulisan ala-ala Lord of The Ring tetapi sememangnya lebih baik dari itu!


selepas baca trilogi takdir yang pertama, tak sabar rasanya nak tunggu yang kedua dan ketiga, sememangnya berjaya membuat ana lupa akan cerita-cerita hebat seperti Harry potter, LOTR kerana ini adalah epik Islami yang membawa umat Islam kembali kepada Allah! bukankah itu yang kita mahukan?
sungguh ana rasa bersyukur, kerana Allah membuka hati untuk membaca karya-karyanya bermula dari website hinggalah memiliki buku-bukunya.alhamdulillah.
11 bintang! ^^




kedua-dua novel ini bagi ana WAJIB dimiliki bagi mereka yang inginkan satu kelainan selain membaca kisah-kisah cinta dan kontemporari masa kini.
bagi yang masih belum dapatkannya, boleh dapatkannya secara online atau di kedai-kedai buku ^^.




moga tiap insan yang membaca novel Takdir dan Hero, akan terkesan dan terbuka minda, betapa penting sebenarnya kita bergantung harap sepenuhnya pada Ilahi.
kebahagiaan dan ketenangan itu datang dariNya, maka kepadaNya kita bergantung sepenuh hati.


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua novel ini, kedua-duanya adalah yang terbaik tetapi ana lebih meminati Takdir. ^^


moga Allah redha dengan kita.


jangan lupa dapatkan karya-karya lain Hilal Asyraf!sememangnya tidak akan merugikan. 


insyaAllah.