Saturday, December 31, 2011

~Hiduplah dalam jiwa hamba!~


~picture by Cavelara of deviantart~
there will be no turning back
are you ready?



wahai akal, BERFIKIRLAH!


wahai mata, LIHATLAH!


wahai telinga, DENGARLAH!


wahai mulut, BERBICARALAH!


wahai jasad, BERGERAKLAH!


wahai hati, HIDUPLAH!


rasailah kebesaranNya wahai diri
dengan setiap nikmat kurniaanNya
membenarkan dirimu hidup hingga berganti tahun
membenarkan dirimu bernafas tiap saat
membenarkan dirimu melakukan pekerjaan di muka bumiNya


sampai bila,
sampai bila dirimu mahu terus-terusan dibelenggu dosa?
sampai bila?
tidakkah pernah terdetik di hatimu untuk berubah?
untuk berhijrah?


sampai bila mahu terus mengikut trend?
mengapa dirimu tidak pernah mengikut trend Islam?


tiap kali jari-jemarimu menari menaip di alam maya ini,
renungkan nikmat kurniaan Ilahi,
adakah dirimu mensyukurinya dengan melaksanakan kebaikan?
adakah dirimu sekadar menggunakannya untuk keseronokan nafsu dunia?


renungkan dan fikirkan,
selama setahun hidup di dalam tahun 2011,
apa yang telah dirimu lakukan sebagai hamba Tuhan?


Allah..
kerdil diri, terlalu kerdil
konon merasa diri sangat hebat,tetapi lupa akan kekuasaanNya yang Maha Hebat.


jika ini menjadi coretan terakhirmu di muka bumi,
adakah cukup bekalmu untuk berhadapan denganNya di sana nanti?


mari muhasabah diri
adakah kita sekadar hidup mengikut gerak nafsu, atau kita memimpin kehidupan kita menggunakan akal kurniaanNya?
semak kembali iman di hati
semak kembali ke mana langkah kakimu selama ini.


jangan hanya tahu berbangga pabila memiliki teknologi yang canggih
jangan hanya tahu berbangga dengan pakaian yang mahal-mahal dirimu ada
jangan hanya tahu mendabik dada dengan ilmu yang dirimu miliki
kerna ia tidak sedikit pun bermakna tanpa iman dan taqwa di hati.


tahun 2011 berlalu pergi, tahun 2012 tiba kini
manfaatkan tiap detik bersamaNya
perbaiki diri sebaiknya
moga 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dari 2011


****


~corat-coret 2011~

  • Tertubuhnya 'Road to Jannah'
  • pertemuan dengan sahabat solehah di alam maya
  • kelahiran Syarifah Humaira Albar bin Syed Faiz
  • genap setahun penghijrahan diri mencari jalan pulang ke pangkuan Ilahi 
  • pergolakan dan ujian di sepanjang penghijrahan
  • manisnya nikmat iman dalam melakukan kebaikan.
Tahun 2011 boleh dikatakan tahun penghijrahan buat ana, tahun yang penuh suka dan duka, tahun yang perit dengan pelbagai ujian diluarnya, tetapi nikmat yang manis adalah kembali merasa nikmat usaha untuk memperbaiki diri sebagai hambaNya, satu perasaan yang tidak dapat digambar dengan ucapan atau penulisan. banyak yang dipelajari, dan ia sentiasa mematangkan diri ini. Mendidik diri supaya lebih sabar dan jangan mudah mengalah walau apa jua yang terjadi. Perlu sentiasa yakin kepadaNya.

Tahun 2012, moga Allah permudahkan segala perancangan yang telah dirancang kerna hanya DIA sebaik-baik perancang di muka bumi

InsyaAllah
amin~

1 comment: