|
~hanya seorang hambaNya yang hina~
~picture by Teakster of deviantart~ |
bukan malaikat yang tidak pernah berbuat dosa
hanya seorang manusia yang sedang cuba memperbaiki dirinya
bukan seorang ulama untuk disanjung tinggi
hanya seorang pelajar yang cuba memahami hakikat kehidupan ini
hanya seorang manusia biasa
yang rapuh imannya
masih sedang cuba membina kekuatan
kekuatan pendinding diri
hingga hati ini mampu menjadi kebal
tangisan yang berlagu hanya kerana Ilahi
bukan kerana manusia yang sedang mendidik diri
wahai hati
engkau hanya pinjaman Ilahi
kan ku isimu dengan tasbih dan zikir Al-Quran sebagai makanan rohani
kan ku bina kekuatan agar tidak lagi mudah terasa dengan orang-orang yang sedang mendidikmu agar memperbaiki diri
wahai diri
ketahuilah
tiada apa yang engkau miliki di dunia ini
melainkan semuanya adalah pinjaman Ilahi
walau sekujur jasad , semuanya adalah milik Ilahi
wahai insan yang mengenali diri ini
diri ini hanya manusia biasa
yang bisa melakukan kesalahan dan dosa
diri ini masih belajar untuk memperbaiki diri
janganlah dihukum seperti seorang pesalah di dunia
janganlah dihina hingga hati terluka
janganlah disalah erti setiap perbuatan tanpa mengetahui hakikat perkara yang sebenarnya
diri ini bukan malaikat yang tidak pernah berbuat dosa
diri ini hanya soerang manusia
yang sedang belajar hakikat menjadi hamba kepada Pencipta
mengertilah
Ya Ilahi
hanya Engkau Mengetahui hakikat rahsia hati
hanya Engkau Mengetahui hakikat yang terpendam dalam jiwa sanubari
hanya Engkau yang mengerti hakikat diri ini
ku bersyukur atas nikmat ujian yang diberi
agar diri ini tidak terus terleka dengan duniawi
ku bersyukur tidak terus dibiar sepi
dalam menjalani hidup sarat jahiliyah kini
diri ini masih bertatih dalam mujahadah ini
kuatkanlah diri ini dalam melalui ranjau hidup yang penuh onak dan duri
jadikanlah diri ini kebal dengan caci nista dan tomahan manusiawi
moga diri ini kan mampu bahagia di syurgawi
ujian ini mengajar erti hidup
membuatkan diri sentiasa sedar akan hakikat seorang hamba Ilahi
membuatkan diri ini rasa tiada daya upaya tanpa pertolonganMu Ya Rabbi
kasihanilah diri ini
pimpinlah diri ini dalam usaha mencari redhaMu
pimpinlah diri ini dalam usaha menjadi hamba hanya kepadaMu
bebaskanlah diri ini dari belenggu jahiliyah yang merantai diriku
bebaskanlah diri ini dari dunia yang hanya sementara
kuatkanlah diri ini dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan Ya Rabbi
tingkankanlah iman tiap kali diri ini diuji
moga diri ini tidakkan terus lemas dalam arus kesedihan
moga diri ini kan mampu bangkit berdiri meneruskan perjuangan
diri ini hanya seorang hamba kepada Ilahi
seorang hamba yang hina dan sering berbuat dosa
seorang hamba yang sedang berusaha memperbaiki diri menggapai redhaNya
Ya Ilahi
ke bergantung harap dan berserah hanya padaMu
kerna hanya Engkau Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini
ku redha akan segala ketentuanMu
tenangkanlah hatiku Ya Rabbi
tabahkanlah hati ini dalam melalui onak duri
hanya kepadaMu ku berserah, hanya kepadaMu ku memohon pertolongan
pimpinlah diri ini Ya Ilahi
~Amin.amin.amin ya Rabbalalamin~